Rusia 2018: Mbappe Derma Semua Bonus Beliau Terima Bersama Perancis Untuk Kebajikan

Inilah satu contoh yang boleh kita ikut.

Pemain Perancis, Kylian Mbappe telah membuat keputusan untuk tidak mengambil sesen pun dari bayaran yang beliau terima hasil daripada beraksi untuk Perancis di saingan Piala Dunia 2018.

Bonus yang beliau terima itu akan diberikan kepada sebuah badan kebajikan yang melibatkan kanak-kanak istimewa yang terletak di Perancis.

KAZAN, RUSSIA – JUNE 16: Kylian Mbappe of France during the 2018 FIFA World Cup Russia group C match between France and Australia at Kazan Arena on June 16, 2018 in Kazan, Russia. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Bonus yang diterima oleh Mbappe untuk beraksi Perancis bukannya sedikit tetapi cukup banyak.

Beliau akan menerima €20 ribu setiap kali mewakili Perancis dalam mana-mana perlawanan Piala Dunia di Rusia.

Seandainya beliau dan Perancis berjaya menewaskan Argentina di pusingan 16 pasukan terakhir dan mara ke suku akhir, mereka akan memperoleh bonus tambahan.

Bonus tambahan tersebut adalah sejumlah €15 juta yang akan dibahagikan sama rata sesama pemain-pemain dalam skuad Piala Dunia Perancis.

Jika Perancis mara lebih jauh dijangka lebih banyak bonus akan diterima mereka, dan jika mereka muncul juara maka pastinya akan ada bonus tambahan yang lain.

YEKATERINBURG, RUSSIA – JUNE 21: Kylian Mbappe of France scores his team’s first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia group C match between France and Peru at Ekaterinburg Arena on June 21, 2018 in Yekaterinburg, Russia. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Kesemua bonus itu tidak akan diteirma Mbappe dan ia akan pergi terus ke badan kebajikan yang beliau ingin sumbangkan.

Tindakan pemain muda itu terhasil kerana beliau berpendapat ianya tidak berbaloi untuk menerima sebagai imbuhan ketika mewakili pasukan kebangsaan.

Sebaliknya, mewakili negara haruslah dihiasi dengan semangat cintakan negara. Kata orang, demi lencana di dada.

Satu contoh yang baik dari pemain muda dan boleh diikuti oleh ramai pemain di luar sana.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN