Mbappe Anggap Liverpool Ibarat Mesin

Pemain Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe kini memuji persembahan pasukan Liverpool yang pada beliau cukup cemerlang pada ketika ini.

Dalam temu bual beliau bersama BBC Sport, pemain kebangsaan Perancis mengatakan pasukan kendalian Jurgen Klopp ketika ini menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang dan mengagumkan.

“Apa yang dilakukan oleh Liverpool ketika ini adalah mengagumkan. Mereka tidak kalah dalam mana-mana perlawanan, dan ianya bukan mudah untuk lakukan sedemikian.”

“Mereka bermain dan mereka menang, mereka menang. Mereka ibaratkan mesin!”

Mbappe juga dalam masa yang sama berasa bangga melihat pemain pertahanan kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold yang meniru gaya meraikkan gol miliknya ketika perlawanan menentang Leicester City.

“Saya tengok! Saya tengok! Saya rasa bangga. Beliau adalah pemain yang mengagumkan.”

Mbappe sering dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool semenjak beliau ada hubungan yang bintang bola keranjang, LeBron James yang merupakan pemegang saham di kelab itu.

Namun begitu, ia merupakan satu cakap-cakap dan kempen dari bahagian penyokong sahaja dengan tanda pagar #Mbappe2020 sering menghiasi media sosial.

Mbappe katanya kini sibuk fokus mengejar kejuaraan bersama-sama PSG dan hanya akan bercakap mengenai masa depannya selepas tamat musim.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN