Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dilaporkan sedia untuk bertemu dengan pengurusan kelab bola sepak tersebut bagi mengetahui masalah tunggakan gaji yang berlaku sebelum itu.
Terdahulu, Nasrullah Hanif Johan selaku pembantu kapten Negeri Sembilan berharap supaya masalah itu dapat diselesaikan secepat mungkin oleh pengurusan pasukan.
Pemain Negeri Sembilan Gesa Pengurusan Selesaikan Isu Tunggakan Gaji
Malah, beliau juga tidak mahu kerana masalah tersebut menjadikan rakan sepasukan lain kini hilang fokus serta tidak bermotivasi untuk mengharungi baki saingan liga.
“Kami berharap pihak pengurusan kelab (NSFC) jika boleh dapat menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain secepat mungkin untuk kepentingan pemain dan pasukan.
“Secara peribadi sebolehnya saya tidak mahu fokus dan semangat rakan-rakan terganggu disebabkan masalah tunggakan gaji ini sedangkan tugas mengharungi cabaran Liga Super musim ini belum berakhir,” kata beliau.
Ketika ini, Aminuddin mengakui pihaknya masih belum menerima sebarang sebarang maklumat lebih lanjut mengenai perkara tersebut dan sedia mengadakan perbincangan dalam masa terdekat.
“Saya akan bertemu dengan pihak pengurusan (Kelab Bolasepak Negeri Sembilan) dalam masa terdekat dan akan melihat apa sebenarnya punca isu gaji pemain ini timbul.
“Sebab itu, saya berhasrat untuk berjumpa dengan mereka (pengurusan NSFC) dan hendak melihat apa sebenarnya permasalahan tersebut.
“Soal gaji pemain bola sepak adalah di bawah tanggungjawab kelab Negeri Sembilan FC (NSFC) dan mereka kena sediakan keperluan pemain terutama membabitkan gaji mereka.
“Mereka sudah ada bajet, malah kerajaan negeri juga banyak membantu kelab itu, namun saya akan bertemu mereka dulu untuk mengetahui keadaan apa yang sebenarnya dihadapi,” katanya menerusi laporan dikeluarkan Harian Metro.
Tewas lagi di Paroi. Keputusan penuh perlawanan, Negeri Sembilan FC 0 – 1 Perak FC. #NSEPRK#NSFC#HobinJangHobin pic.twitter.com/Vf9OE5DEMR
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) October 1, 2023
Menurut laporan, tunggakan gaji sudah berlanjutan sejak bulan Ogos dan September lalu dan dianggap menjejaskan fokus para pemain kepada siri perlawanan bakal dihadapi mereka.
Isu tunggakan gaji bukan lagi menjadi sesuatu yang baharu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sejak beberapa musim lalu dengan membabitkan pelbagai pasukan.
Selain Negeri Sembilan, Kelantan terlebih dahulu dilaporkan mengalami perkara yang sama dan diluahkan sendiri oleh bekas pemain mereka menerusi media sosial.