Usaha kini diteruskan untuk menyelesaikan isu mengenai kehilangan pesawat yang membawa pemain Cardiff City, Emiliano Sala dan juga juruterbang David Ibbotson.
Menurut laman BBC News, mayat Sala telah pun dijumpai dan mereka sedang berusaha untuk membawa keluar dari rangka pesawat tersebut.
Namun begitu, Ibbotson masih lagi hilang dan tidak dijumpai.
Pihak Air Accidents Investigation Branch (AAIB) telah mengesahkan yang proses ini telah pun disertai oleh sebuah badan khas yang untuk membantu mereka kerana keadaan cukup mencabar ketika ini.
Sebelum ini, mereka menggunakan teknik pencarian secara remotely operated underwater vehicle atau ROV selepas pencarian dilakukan semula.
Ianya diteruskan hasil dari derma orang ramai menerusi laman GoFundMe.
Hasilnya, mereka berjaya menemui pesawat malang itu di dijumpai di sekitar Guernsey.
Kesukaran untuk membawa pesawat itu semula jelas sukar apabila mereka berdepan dengan cabaran cuaca buruk di kawasan tersebut.
“Keadaan cuaca yang tidak baik untuk masa yang lama jadi ia merupakan keputusan yang berat untuk menamatkan operasi ini.”
Buat masa sekarang, mayat kedua-dua individu tersebut telah pun dibawa ke Isle of Portland namun begitu belum lagi terdapat sebarang kepastian sama ada kedua-dua mayat tersebut adalah Sala dan Ibbotson atau tidak.
Nantes telah mendesak Cardiff City untuk membayar jumlah perpindahan Sala secara penuh.
Sebelum ini, kedua-dua kelab bersetuju untuk membayar pemain tersebut secara ansuran selama 3 tahun.