Max Meyer: “Kami Perlu Pandai Bermain Kotor Menentang Sepanyol”

Menjelang perlawanan akhir Euro B-21, bintang muda Jerman Max Meyer berpendapat mereka perlu pandai untuk bermain kotor ketika berhadapan dengan pasukan Sepanyol. Max Meyer berkata:

“Kami harus pandai bermain kotor, kami perlu memulakan perlawanan ini dengan melakukan beberapa faul. Ini untuk merosakkan ‘keseronokan’ pasukan Sepanyol dengan bola di kaki mereka.”

“Saya berpendapat pasukan Sepanyol adalah adalah pasukan pilihan dalam final kali ini. Namun di dalam perlawanan akhir, apa-apa boleh berlaku.”

Penjaga gol Jerman, Julian Pollersbeck turut menyatakan yang mereka harus tahu cara mengajar pasukan Sepanyol cara bermain perlawanan akhir. Beliau yang menjadi hero penentuan penalti menentang England berkata:

“Kami harus menunjukkan mereka cara bermain perlawanan akhir. Jika kami memulakan perlawanan dengan sedikit panas, mereka tidak akan menggemarinya.”

“Kami harus bermain dengan cara Jerman yang agak keras sedikit akan membuatkan mereka hilang ilusi.”

Sepanyol memiliki beberapa pemain yang berada dalam prestasi terbaik untuk final ini seperti Marco Asensio, Saul Niguez, Sandro, Gerard Deulofeu dan Dani Ceballos.

Jurulatih Jerman, Stefan Kuntz juga mahukan pemain beliau tidak terlalu membenarkan Sepanyol menyimpan bola terlalu lama. Beliau berkata:

“Jika kami membiarkan mereka ‘bermain’ banyak sangat, mereka akan menggemarinya.”

Perlawanan final Euro B-21 akan berlangsung pada 1 Julai 2017, 2.35 pagi waktu Malaysia. Pasukan mana agaknya akan merangkul kejuaraan kali ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN