Penyerang Jerman, Max Kruse Dedah Tolak Tawaran Liverpool Untuk Sertai Fenerbahce

Penyerang Jerman, Max Kruse mendedahkan beliau telah menolak tawaran untuk menyertai Liverpool sebelum memilih untuk menyertai kelab Turki, Fenerbahce.

Pemain berusia 31 tahun itu menyertai Fenerbahce pada jendela perpindahan ini, tetapi ia dilakukan selepas pemain itu menolak tawaran dari Liverpool.

Pemain itu meninggalkan Werder Bremen walaupun kelab Bundeslia itu mahu menawarkan kontrak baharu untuk beliau. Rekod beliau bersama Bremen pada musim lalu juga agak baik, dengan ratio sekurang-kurangnya satu gol bagi setiap 2.6 perlawanan.

Kruse disahkan menyertai Fenerbahce pada penghujung Jun lalu, tetapi beliau juga mendedahkan telah menolak tawaran dari Jurgen Klopp untuk ke Anfield.

“Ketika tempoh perpindahan ini, saya menerima banyak tawaran. Salah satu daripadanya adalah dari Liverpool,” ujar Kruse kepada BeIN SPORTS Turkey.

“Tetapi saya memilih untuk menyertai Fenerbahce kerana saya percaya saya aka gembira di sini.

“Saya telah bercakap dengan ramai pemain, dan saya gembira dengan keputusan ini.

Kruse menjaringkan 12 gol dan menghasilkan 14 bantuan gol pada musim lalu dan dilihat boleh membantu memperkuatkan juara eropah, Liverpool bagi menghadapi musim baharu.

Pertanyaan turut timbul sama ada Liverpool memiliki skuad yang mencukupi untuk bersaing pada permulaan musim hadapan setelah kebanyakkan pemain utama masih lagi bercuti selepas penglibatan dengan tugasan antarabangsa.

Rhian Brewster dan Alex Oxlade-Chamberlain kini dilihat sebagai pemain penting untuk memperkuatkan saingan The Kops pada awal musim akan datang – tatkala Klopp berkata jadual padat membabitkan kelab bola sepak harus dilihat kembali.

“Kita duduk di sini dan ketika saya bercakap ia seolah-olah kedengaran seperti saya sedang mengeluh. Ia hanyalah situasi [yang jelas]. Untuk jangka masa panjang, ia sukar diterima,” ujar Klopp.

“Ia seolah-olah tidak ada sesiapa dapat membayangkan tempoh seminggu tanpa bola sepak di dalam tempoh keseluruhan setahun. Selepas satu perlawanan, ia diulangi lagi dengan satu lagi perlawanan [secara berturut].

“Ia sesuatu yang sukar untuk pemain. Musim ini juga akan baik sahaja. Tetapi untuk tempoh jangka masa panjang? Ia adalah sesuatu yang perlu diubah.

Liverpool akan memulakan saingan 2019/20 di saingan Liga Perdana Inggeris dengan menanti kunjungan Norwich City pada 9 Ogos.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN