Max Allegri akhirnya menamatkan sebarang spekulasi tentang masa depan beliau. Pengendali dari Itali ini dikaitkan dengan 2 kelab London Chelsea dan juga Arenal.
Masa depan Antonio Conte menjadi tanda tanya selepas gagal membawa Chelsea ke UCL. Manakala, di Arsenal, pengendali mereka, Arsene Wenger sah meninggalkan kelab tersebut.
Namun begitu, selepas tamat musim Serie A, Max Allegri menyatakan beliau hanya akan pergi jika dipecat.
“Jika mereka tak pecat saya, saya akan kekal di sini.”
Allegri dan Juventus meraikan kejuaraan Serie A ke-7 hanya selepas 4 hari menjulang Coppa Italia.
Beliau juga memberitahu yang beliau juga akan tetap mahu kekal di Juventus pada musim-musim akan datang.
“Jika selepas tamat musim depan mereka masih mahukan saya dan tak pecat saya, maka saya akan terus kekal di sini.”
“Ini bukan berkenaan dengan keputusan saya untuk masa depan tetapi ia lebih kepada keutamaan kepada perancangan tentang apa yang harus dilakukan untuk Juventus selepas ini pada musim-musim akan datang.”
Beliau juga seperti pengurus lain, sudah melakukan beberapa perancangan baru untuk pasukan. Juventus dikaitkan dengan beberapa pemain termasuk Emre Can dan Martial. Terbaru mereka diberitakan mahu mendapatkan semula Alvaro Morata.
Menurut Allegri setiap musim Juventus akan cuba mengelakkan diri daripada terbuai-buai dengan kejayaan pada musim sebelumnya.
“Apabila musim baru bermula, semua pasukan akan bermula dengan 0 mata. Cabaran kami adalah untuk terus membuktikan yang kami berdaya saing.”