Pemain yang tidak dikehendaki di Inter Milan, Mauro Icardi boleh untuk tidak memilih untuk kekal di Paris Saint-Germain (PSG), walaupun jika kelab Ligue 1 itu mahukan pemain tersebut kekal di Perancis secara tetap selepas berakhir saingan musim ini.
Icardi menyertai kelab gergasi Perancis itu secara pinjaman pada jendela perpindahan musim panas lalu, selepas ia semakin jelas kelab Itali itu tdak memerlukan dirinya.
Sejak itu, Icardi kemudiannya menyerlah di Perancis apabila menghasilkan 11 gol dari 18 perlawanan di Ligue 1 setakat ini.
Menurut laporan oleh FCInterNews.It, Icardi dan isterinya Wanda Nara yang juga merupakan ejen kepada pemain tersebut telah diberikan nasihat oleh seorang konsultan berna,a Ulisse Savini untuk memasukkan satu klausa kepada perjanjian pinjaman di antara PSG dan Inter.
— Paris Saint-Germain (@PSG_inside) February 19, 2020
Joyeux anniversaire @MauroIcardipic.twitter.com/zB9rdYfvxQ
Klausa itu menjelaskan sekiranya PSG mahu menebus kontrak Icardi secara tetap, pemain itu dan isterinya terlebih dahulu perlu bersetuju untuk perpindahan tersebut untuk berlaku.
Di dalam kes ini, Icardi dan Wanda Nara mempunyai kuasa veto sama ada untuk terus kekal di Paris atau untuk kembali ke Milan selepas tamat saingan musim ini.
Terdapat laporan Icardi masih mahu membuktikan dirinya beraksi di Itali pada musim hadapan.
#Inter outcast Mauro Icardi may not decide to stay at Paris Saint-Germain, even if the French outfit want to redeem his loan move at the end of the season. #FCIM #PSG https://t.co/9SDd2S0p0G pic.twitter.com/ApsklG5TEH
— Football Italia (@footballitalia) February 22, 2020
Savini bukan watak asing dalam mengendalikan perpindahan secara pinjaman pemain ke Eropah. Beliau juga adalah individu yang menasihatkan Salah memasukkan klausa yang sama ketika dipinjamkan ke Fioretina.
Ini membenarkan Salah untuk menghalang Fiorentina membeli beliau daripada Chelsea pada ketika itu, sebelum beliau menyertai Roma.
PSG dikatakan mempunyai pilihan untuk menjadikan Icardi pemain mereka secara kekal dengan harga sekitar €65 juta – €70 juta.