Mauro Icardi Cuba Intai Perpindahan Ke Manchester United

Mauro Icardi

Pemain Paris Saint-Germain (PSG), Mauro Icardi dikatakan dalam usaha untuk keluar dari kelab tersebut.

Penyerang Argentina itu dikatakan mahu mencari pasukan baharu dengan bermain di England atau Turki sebagai pilihan.

Isteri yang juga merangkap ejen iaitu Wanda Nara dikatakan sedang mendapatkan peluang untuk Icardi beraksi dengan Manchester United atau Galatasaray.

Menurut laporan di Turki, Nara mengambil keputusan untuk mendapatkan kelab baharu untuk suaminya selepas Icardi kini tidak lagi dalam perancangan pasukan.

Semuanya berpunca selepas pengurus PSG, Christophe Galtier tidak lagi mahu menggunakan khidmat Icardi dan itu menjadi punca mengapa pemain itu perlu keluar dari kelab.

Potensi kehadiran Icardi ke Galatasaray adalah besar kerana jika pemain itu berpindah ke sana, ianya akan memberikan suntikan semangat kepada pasukan utama Turki itu.

Namun, potensi untuk perpindahan masyhur ke United pastinya menarik minat Icardi juga kerana pemain itu berpeluang untuk beraksi di Premier League.

Untuk rekod, Icardi masih lagi berusia 29 tahun dan mempunyai ruang lagi untuk menunjukkan kebolehannya sebagai penyerang tajam.

Mlah, perpindahan ini juga penting untuk Icardi dengan Piala Dunia yang semakin hampir, beliau pastinya mahukan minit permainan yang banyak untuk cuba mengintai tempat dalam skuad Argentina.

Jadi penulis berfikiran, adalah lebih logik untuk Icardi ke United kerana beliau akan bermain di liga yang lebih baik serta peluang untuk mengetuai barisan serangan itu tinggi.

Tetapi semuanya terletak pada keputusan beliau.

Leave a Reply