Maurizio Sarri Semakin Hampir ke Juventus, Minta Dilepaskan Chelsea

Maurizio Sarri

Beberapa hari selepas mengemudi Chelsea menjulang trofi Liga Europa di Baku, Maurizio Sarri dilaporkan semakin hampir untuk kembali ke Serie A bagi membimbing gergasi Itali, Juventus.

Menurut sumber Goal, Sarri dikatakan sudah mencapai kata sepakat untuk bersama juara Serie A buat lapan musim berturut-turut itu.

Pengendali berusia 60 tahun itu juga telah membuat permohonan supaya Chelsea melepaskannya walaupun kontraknya masih berbaki dua tahun.

Kehadiran Maurizio Sarri di Stamford Bridge pada mulanya tampak diterima baik para penyokong namun selepas itu semuanya berubah apabila pemilihan pemain dibuat olehnya menimbulkan rasa tidak puas hati peminat The Blues.

BAKU, AZERBAIJAN – MAY 28: Maurizio Sarri, Manager of Chelsea, Eden Hazard, Pedro and Emerson look on during the Chelsea FC training session on the eve of the UEFA Europa League Final against Arsenal at Baku Olimpiya Stadion on May 28, 2019 in Baku, Azerbaijan. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Ia diburukkan lagi dengan kekalahan ‘tidak masuk akal’ ketika bertemu Manchester City (0-6) dan Bournemouth (0-4).

Namun segalanya seperti sudah dapat dilupakan apabila Chelsea berjaya menamatkan saingan di tempat ketiga sekaligus kembali ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan serta melayakkan diri ke final Piala Carabao.

Kemuncak keceriaan penyokong Chelsea dan Sarri menjelma di Azerbaijan selepas dengan bersahaja mereka menundukkan seteru London, Arsenal pada aksi final Liga Europa 2018/19.

Secara peribadi, penulis turut melihat kehadiran Sarri sememangnya telah mengubah corak permainan Chelsea yang sebelum ini terkenal dengan jolokan pasukan ‘park the bus’.

Sekiranya perpindahan ini menjadi kenyataan, The Blues akan kehilangan dua individu penting yang menjadi teras kepada kejayaan mereka musim ini setelah Eden Hazard juga semakin hampir untuk ke Real Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN