Maurizio Sarri Menjangkakan Permulaan Yang Sukar Buatnya Dan Chelsea Di EPL

Sarri

Pengendali Chelsea, Maurizio Sarri realistik dengan cabarannya di Liga Perdana Inggeris dengan menyifatkan beliau dan The Blues akan mengalami sedikit kesukaran pada permulaan saingan.

Sarri menjangkakan pendekatan yang digunakannya buat Chelsea akan mengambil sedikit masa untuk menunjukkan hasil yang positif buat pasukan.

Cabaran pertama buat Sarri bermula malam ini apabila Chelsea bakal berkunjung ke John Smith’s Stadium bagi pertemuan menentang Huddersfield Town.

Walaupun menjangkakan permulaan yang sukar, Sarri mengharapkan peningkatan ketika musim berlangsung.

”Saya mengharapkan bahagian kedua pada musim ini, buat kami akan menjadi sangat baik dengan mengutip banyak mata.”

”Saya menjangkakan dalam bahagian pertama musim ini, terdapat beberapa masalah.”

”Hasilnya, mungkin persembahan pada bahagian pertama musim ini tidak selaras dengan potensi pasukan, mungkin dalam bahagian pertama.”

Sarri turut mengingatkan kepada penyokong Chelsea agar tidak terlalu mengharapkan ‘Sarri-ball’ memberikan impak yang terlalu pantas.

”Saya merasakan anda perlu menunggu untuk beberapa bulan. Anda perlu menunggu.”

”Jika kami dapat beraksi dengan kelajuan yang lain,  mungkin jaringan tidak menjadi masalah buat kami.”

”Tetapi pada ketika ini, dengan kelajuan sekarang, ia akan mempunyai masalah.”

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN