Maurizio Sarri: “Hazard Mampu Jaringkan 40 Gol Dan Menang Kasut Emas”

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri memuji aksi cemerlang pemain tengahnya, Eden Hazard  selepas bintang Belgium itu meledak hatrik ketika Chelsea membenam Cardiff City 4-1 untuk meneruskan permulaan sempurna buat pengurus baharu Blues itu dalam Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, Sarri percaya Hazard boleh menjadi pemain terbaik di Eropah dan lebih prolifik sekiranya dia pandai menyimpan tenaga untuk mencipta perbezaan dalam kawasan 25 meter lawan.

“Saya fikir Hazard antara pemain terbaik di Eropah. Tapi kini fikiran saya sudah berubah mungkin dia pemain terbaik di benua ini,” kata Sarri mengenai pemain kedua terbaik Piala Dunia 2018 itu.

Hazard menyumbat dua gol dalam tempoh tujuh minit sebelum rehat untuk memadamkan jaringan awal Sol Bamba di Stamford Bridge sebelum melengkapkan hatrik menerusi sepakan penalti.

Ia gol kelimanya musim ini dengan dia setakat ini baru diturunkan dalam tiga perlawanan.

Namun Sarri mahu tonggaknya itu lebih banyak bermain di kawasan gol lawan berbanding turun ke bawah bagi memulakan serangan.

“Hazard boleh terus meningkat. Saya fikir dia boleh mengurangkan penggunaan tenaga berbanding sekarang ini yang menyaksikan dia bermain hingga 50 atau 60 meter daripada gol lawan,” kata bekas bos Napoli itu.

“Bagi saya dia boleh menjaringkan 40 gol tapi dia perlu mengurangkan penggunaan tenaga. Dia hanya perlu bergerak dan bermain dalam kawasan 25 meter lawan.”

Hazard memuji kebebasan yang diberikan Sarri terhadapnya untuk beraksi lebih sebagai penyerang dalam usahanya mengatasi pencapaian gol terbanyak semusim di Liga Perdana, 19 gol.

“(Beliau) hanya mahu kami beraksi dan menghidu ruang kosong di depan kotak penalti, supaya lebih mudah buat Jorginho, Mateo Kovacic dan Cesc Fabregas mencari penyerang untuk melorongkan bola,” kata Hazard.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN