Pengendali Chelsea, Maurizio Sarri bagaikan tidak percaya melihat aksi lesu anak buahnya di babak kedua ketika menentang Slavia Prague, awal pagi semalam.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stamford Bridge itu, Chelsea mendahului 4-1 di babak pertama sebelum Slavia Prague berjaya bangkit mencetak dua gol pada separuh masa kedua bagi menjadikan kedudukan 4-3.
Selepas perlawanan, Sarri mengakui masalah bermain secara tidak konsisten menjadi punca kemerosotan prestasi Chelsea dalam beberapa bulan terakhir ini.
Oleh itu, Sarri menegaskan pasukannya perlu segera mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang kerap membelengu pasukan itu
“Seperti biasa dalam tempoh dua bulan terakhir, kami bermula dengan teruk pada separuh masa kedua,” kata Sarri.
“Ia satu masalah yang besar. Kami perlukan penyelesaian, kami perlu selesaikan masalah ini.”
Menurutnya lagi, ini (masalah) adalah perkara pertama yang dihadapinya sejak beliau menjalani karier sebagai pengurus.
Beliau menilai pemain Chelsea akan hilang arah atau gagal mengekalkan daya ketahanan lawan selepas perlawanan berlangsung di babak kedua.
Sarri memberikan contoh dalam 10 perlawanan terakhir yang menyaksikan Chelsea lebih cenderung untuk dibolosi pada babak kedua perlawanan.
“Dalam 10 perlawanan terakhir, kami mula seperti ini. Ini merupakan masalah besar.”
“Kami harus mengakui bahawa ini adalah perlawanan untuk dibolosi, bukan meraih tiga mata, tetapi mungkin di akhir babak pertama kami berfikir kami sudah dibolosi.”
“Namun menentang pasukan seperti ini (Slavia), itu tidak patut. Mereka (Chelsea) memiliki kelebihan fizikal. Saya tidak pernah melihat seperti itu dalam 20 tahun terakhir,” kata Sarri.