Maurizio Sarri Diumumkan Secara Rasmi Sebagai Pengurus Baharu Chelsea

Sarri

Desas-desus mengenai masa depan Maurizio Sarri yang sering kedengaran kebelakangan ini akhirnya terungkai apabila Chelsea secara secara rasmi mengumumkan pelantikan pengurus berbangsa Itali itu sebentar tadi.

Keputusan itu dibuat selepas kelab London tersebut baru sahaja mengumumkan pemecatan Antonio Conte semalam.

Sarri yang sebelum ini merupakan pengurus SSC Napoli berjaya menempatkan kelab Serie A itu dalam senarai pesaing hebat buat Juventus bagi merebut kejuaraan dalam tempoh tiga tahun terakhir ini.

Menandatangani kontrak selama tiga tahun di Stamford Bridge, Sarri jelas gembira dapat memuktamadkan perpindahan ini.

”Saya sangat gembira dapat menjadi pengurus Chelsea dan berada dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Ia merupakan tempoh yang menarik dalam karier saya.”

”Saya berharap untuk memulakan kerja dan bertemu para pemain pada hari Isnin sebelum berangkat ke Australia, di mana saya akan dapat mengenali skuad ini.”

‘Saya harap kami dapat menyajikan beberapa aksi bola sepak yang menghiburkan untuk peminat dan kami akan bersaing untuk merebut trofi pada akhir musim, yang mana kelab ini layak untuk mendapatkannya.”

Dalam pada itu, terdapat laporan yang mengatakan bahawa Sarri ingin membawa legenda Chelsea, Gianfranco Zola menjadi pembantunya di Stamford Bridge.

Foto: Gettyimages

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN