Maurizio Sarri Belum Puas, Mahu Pemain Mantapkan Jentera Serangan

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri mengakui jentera serangan The Blues pada ketika ini tidak boleh terus mempamerkan ketumpulan penyudah sekiranya mahu meraih kemenangan setiap kali beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurut Sarri, beliau mengakui tiada jalan mudah untuk memastikan pasukan mencapai kemenangan kecuali perlu memanfaatkan setiap peluang terhasil.

The Blues kini menduduki di kedudukan keenam EPL dan perlu bersaing dengan Arsenal, Manchester United dan Tottenham Hotspurs bagi mengatasi jurang mata untuk memastikan slot ke Liga Juara-Juara musim hadapan tidak terlepas.

Tumpukan serangan

Perbandingan diantara enam pasukan teratas liga menyaksikan Chelsea merupakan pasukan paling terendah mencatatkan jumlah jaringan dengan 50 gol dihasilkan dari 29 perlawanan.

Justeru, senario itu menyaksikan Sarri mengesa jentera serangan untuk bekerja lebih keras bagi memperkasakan bahagian serangan pasukan.

LONDON, ENGLAND – JANUARY 27: Callum Hudson-Odoi of Chelsea hugs Gonzalo Higuain of Chelsea as Higuain makes his way off to be subsituted for Oliver Giroud during the FA Cup Fourth Round match between Chelsea and Sheffield Wednesday at Stamford Bridge on January 27, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by James Williamson – AMA/Getty Images)

“Kadang-kadang kami mampu bermain dengan kualiti yang tinggi saat melakukan serangan, dan ada masanya tidak. Kami sudah mula bertahan dengan baik dalam sebulan terakhir ini, saya kira begitu.”

“Sekarang kami perlu memulakan fasa serangan, bermain dengan idea yang sama dalam setiap perlawanan,” kata Sarri.

Belum puas

Sarri menegaskan bahawa beliau masih belum berpuas hati dengan gaya serangan pasukannya pada ketika ini meskipun menyaksikan skuadnya kali terakhir berjaya mencatakan kemenangan dengan jaringan besar menewaskan Dynamo Kyiv 5-0.

Kemenangan tersebut belum cukup memuaskan hati pengendali berusia 60 tahun itu dan menganggap The Blues masih perlu memperbaiki banyak kelemahan, terutama ketika melakukan pergerakan tanpa bola.

COBHAM, ENGLAND – JANUARY 11: Chelsea Manager Maurizio Sarri during a training session at Chelsea Training Ground on January 11, 2019 in Cobham, England. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

“Pada masa ini, kami tidak boleh melakukannya kerana kadangkala kami tidak dapat memberikan permainan terbaik dengan melakukan pergerakan tanpa bola.”

“Kadang-kadang kami tidak boleh menghantar bola ke dalam kotak penalti dengan baik, atau menggunakan ruang di bahagian belakang yang bertentangan untuk menyerang dengan baik. Kita perlu konsisten dalam perkara ini,” tegas Sarri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN