Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri mengakui yang dirinya begitu berang kerana pasukannya gagal untuk memberikan saingan yang diharapkan dalam perlawanan Premier League menentang Arsenal.
Dalam perlawanan yang dilangsungkan di Emirates itu, Chelsea dilihat menguasai banyak penguasaan bola namun ianya tidak dimanfaatkan dengan baik oleh para pemain untuk mencipta peluang.
Sarri menzahirkan rasa kecewannya terhadap pemain Chelsea ketika bercakap kepada wartawan BT Sport selepas perlawanan berlangsung.
Menurut Sarri, isu motivasi menjadi masalah kepada pasukan ini dan terdapat beberapa pemain yang sukar untuk mendapatkan mentaliti positif ketika bermain.
“Saya sangat marah, amat marah. Kekalahan ini berlaku disebabkan oleh mentaliti pemain kami dan saya tak boleh menerimanya.”
“Kami ada isu yang sama ketika menentang Tottenham Hotspur dalam perlawanan liga. Nampak gaya, sekumpulan pemain ini sukar untuk diberikan motivasi.”
Menurut Sarri, Chelsea dan Arsenal mempunyai kualiti yang sama dari segi kebolehan pemain namun The Blues mempunyai kekurangan dari segi mentaliti di atas padang.
“Dari sudut teknikal, kedua-dua pasukan mempunyai kualiti yang sama tetapi Arsenal ada keazaman yang lebih tinggi ketika berada di kawasan penalti – jadi taktikal tidak ada kena mengena dengan ini.”
“Saya tak boleh katakan yang tidak bertanggungjawab dalam kekalahan ini. Kami perlu kongsi situasi ini.”
Sarri dilihat begitu berang ketika temuramah pasca perlawanan dengan meluahkan rasa amarahnya dalam bahasa Itali kepada perlawanan.
Ianya kemudiannya diterjemah ke bahasa Inggeris oleh penterjemah.
Arsenal menewaskan Chelsea 2-0 hasil jaringan Alexadre Lacazette dan juga Laurent Koscielny.