Mauricio Pochettino Yakin Tottenham Mampu Tewaskan Mana-Mana Pasukan Di Eropah

Tottenham

Tottenham Hotspur mungkin sedang melalui fasa sukar dalam kempen Liga Perdana Inggeris selepas hanya mencatatkan satu mata daripada tiga perlawanan terakhir mereka.

Namun, bagi pengendali Tottenham, Mauricio Pochettino, beliau lebih optimis terhadap peluang skuad bimbingannya dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Keyakinan itu jelas terpancar buat pengurus kelahiran Argentina itu selepas anak buahnya memiliki kelebihan 3-0 menundukkan gergasi Jerman tersebut pada perlawanan pertama peringkat 16 terbaik di Wembley tempoh hari.

”Dalam kejohanan seperti Liga Juara-Juara Eropah atau Liga Europa atau piala domestik, anda bukan sahaja perlu memenangi perlawanan, anda kadangkala memerlukan sedikit nasib untuk beraksi di perlawanan akhir.”

”Saya fikir banyak keadaan yang terlibat dimana kadang-kadang anda boleh sampai ke perlawanan akhir dan mungkin adalah bukan pasukan yang terbaik.”

DORTMUND, GERMANY – MARCH 04: General view of Tottenham Hotspur during a training session ahead of their UEFA Champions League Round of 16 Second Leg match against Borussia Dortmund on March 04, 2019 in Dortmund, Germany. (Photo by Maja Hitij/Getty Images)

”Sentiasa bagi saya perkara yang paling penting dalam saingan Liga Perdana Inggeris atau Bundesliga, pasukan yang paling konsisten akan menang dan pasukan terbaik sentiasa menewaskan 19 lawan yang lain.”

”Kepercayaan itu, sudah tentu, kami boleh menewaskan mana-mana pasukan. Tetapi sekarang saya memikirkan kami perlu melakukan tugasan dengan cukup baik, sangat profesional, menjadi agresif dan cuba untuk melupakan perlawanan pertama.”

”Dalam cita-cita dan minda kami sentiasa positif. Kami percaya kepada diri sendiri dan sudah tentu anda mampu menewaskan mana-mana pasukan.”

Tottenham Hotspur kini mengintai peluang untuk mara dengan lebih jauh pada kejohanan paling berprestij di Eropah ini selepas mereka sekadar melangkah ke peringkat 16 terbaik pada musim lalu.

Kemaraan mereka terhenti apabila tewas 3-4 ditangan wakil Itali, Juventus.

Perlawanan kedua Spurs menentang Borussia Dortmund bakal berlangsung pada jam 4.00 pagi esok di Signal Iduna Park.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN