Musim ini semakin sukar buat mereka.
Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino mengakui para pemainnya harus kekal positif selepas mengalami kekecewaan demi kekecewaan.
Pasukannya kini menghadapi masa sukar selepas baru saja disingkirkan oleh Crystal Palace dalam saingan FA Cup.
Menurut laman BBC Sport, Pochettino mengatakan para pemainnya harus kekal kuat untuk mengharungi detik yang sukar dalam saingan musim ini.
“Anda berasa kecewa, tiada perasaan lain yang boleh dizahirkan.”
“Sekarang ini masanya untuk terus kekal positif.”
“Kami kena terus kuat hadapi semua ini. Orang di luar mengharapkan kami untuk memenangi piala. Tetapi secara realisitiknya, kami melakukan dengan baik setakat ini.”
Tottenham Hotspur menghadapi detik sukar dalam musim mereka kali ini apabila mengalami saat disingkirkan dalam 2 kejohanan dalam masa yang singkat.
Sebelum ini, mereka disingkirkan oleh Chelsea dalam aksi separuh akhir Carabao Cup dan kini ditolak keluar oleh satu lagi kelab London iaitu Crystal Palace dalam aksi FA Cup.
Kini mereka cuma hanya saingan Premier League dan juga UEFA Champions League untuk direbutkan pada musim ini.
Dalam saingan Premier League, Tottenham Hotspur masih ketinggalan di belakang 2 pasukan utama iaitu Liverpool dan juga Manchester City.
Sementara dalam saingan Eropah, tugas getir menanti mereka apabila bakal berhadapan dengan wakil Bundesliga iaitu Borussia Dortmund untuk aksi pusingan 16 pasukan terbaik.