Mauricio Pochettino Pertahan Tindakan Turunkan Harry Kane, Akui Tidak Menyesal Dengan Keputusannya

Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino menegaskan beliau tidak menyesal menurunkan Harry Kane di kesebelasan utama pada aksi final Liga Juara-Juara Eropah menentang Liverpool, awal pagi semalam.

Kane yang terpaksa berehat hampir dua bulan selepas mengalami kecederaan ketika bertemu Manchester City (suku akhir pertama UCL) diberikan peluang beraksi sepenuh masa.

Namun, sumbangan beliau dilihat amat kurang berkesan apabila hanya mampu meledakkan satu percubaan tepat kearah gawang Liverpool sepanjang perlawanan.

Keputusan dibuat Pochettino itu memaksa wira ‘hatrik’ yang membawa Tottenham ke perlawanan akhir, Lucas Moura terpaksa memanaskan bangku simpanan sehingga minit ke-65 sebelum masuk menggantikan Harry Winks seminit kemudian.

Pengendali dari Argentina itu bagaimanapun tampil mempertahankan keputusan dan mengganggap beliau tidak menyesal atas segala yang telah diputuskannya.

Pochettino
MADRID, SPAIN – JUNE 01: Mauricio Pochettino, Manager of Tottenham Hotspur consoles Harry Kane of Tottenham Hotspur following defeat in the UEFA Champions League Final between Tottenham Hotspur and Liverpool at Estadio Wanda Metropolitano on June 01, 2019 in Madrid, Spain. (Photo by David Ramos/Getty Images)

”Ini bukan satu drama, itu adalah satu keputusan yang dibuat (memasukkan Harry Kane).”

”Bagi saya, Harry Kane, selepas sebulan setengah, dia menamatkan perlawanan dengan segar.”

”Dia tidak menjaringkan gol tetapi saya berjanji bahawa keputusan saya adalah sangat analitikal, dengan segala informasi. Saya tidak menyesal.”

Pada aksi bertemu Liverpool, skuad bimbingan Pochettino ketinggalan seawal minit kedua hasil sepakan penalti Mohamed salah setelah The Reds diberikan sepakan penalti kerana bola terkena tangan Moussa Sissoko dalam kawasan penalti.

Divock Origi memadamkan api perjuangan Spurs pada minit ke-87 sekaligus menghadiahkan mahkota kejuaraan keenam buat Liverpool dalam saingan paling berprestij di Eropah itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN