Quantcast

BERITA

Mauricio Pochettino Mahu Tottenham Hotspur Julang Satu Piala Musim Ini

Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino menegaskan bahawa skuad bimbingannya perlu untuk memenangi satu trofi pada musim ini.

Bagi mencapai sasaran tersebut, pengendali kelahiran Argentina itu telah membawa masuk tiga pemain baharu bagi memantapkan skuad yang berpangkalan di London tersebut.

Pemain yang dibawa masuk oleh Pochettino itu ialah Tanguy Ndombele, Ryan Sessegnon dan Giovani Lo Celso.

Pochettino sebelum ini pernah mengatakan bahawa Piala FA dan Piala Carabao tidak menjadi keutamaannya tetapi selepas memperkasakan pasukannya serta semangat di stadium baharu, beliau kelihatan mengubah prinsip bagi memburu satu piala musim ini.

”Perasaan peribadi saya untuk permulaan musim keenam (bimbing Tottenham Hotspur), saya perlu untuk memenangi satu piala. Piala Carabao, Piala FA, Liga Perdana Inggeris atau Liga Juara-Juara Eropah.”

“Saya tidak mengatakan sudah tiba masanya. Saya tidak mahu memberi tekanan kepada pasukan atau kelab.”

”Namun, jika anda tanyakan kepada saya secara peribadi, musim ini bukan hanya menamatkan saingan di kelompok empat teratas untuk berjaya – walaupu sudah tentu ia perkara penting buat kelab.”

”Tetapi pada saya, ia adalah berkaitan memenangi kejuaraan.”

Mauricio Pochettino yang mula menjawat jawatan pengurus Tottenham Hotspur pada musim 2014/15 telah berjaya memacu kelab tersebut berada di kelompok empat pasukan teratas buat empat musim terakhir.