Rayuan gol oleh Harry Kane yang diterima oleh The FA telah menimbulkan banyak pertikaian berkenaan keputusan tersebut.
Namun, panel telah menerima rayuan tersebut dan gol kedua yang dihasilkan Tottenham Hotspur pada pertemuan menentang Stoke City sah menjadi milik Harry Kane.
Bagi pengendali Spurs, Mauricio Pochettino, beliau menjelaskan dirinya tidak terlibat dengan keputusan untuk melakukan rayuan itu dan bagi beliau lagi, keputusan diterima tersebut bukanlah masalah yang besar.
”Apa yang terjadi sudah pun berlaku. Dia (Harry Kane) akan banyak belajar daripada perkara ini.”
Pochettino mempertahankan karakter yang dimiliki Kane dan turut menjelaskan bahawa keputusan yang diterima tidak menganggu-gugat suasana harmoni pasukan dengan Kane dan Christian Eriksen bersetuju dengan keputusan itu.”
”Harry (Kane) merupakan seorang yang murah hati dan sentiasa meletakkan kerjasama pasukan di hadapan sebelum dirinya.”
”Harry juga seorang yang sangat jujur, dia tidak akan berbohong dan ianya bukan isu atau masalah besar buat pasukan.”
”Sudah pasti semua penyerang memerlukan jaringan tetapi Harry sentiasa menunjukkan komitmennya bersama pasukan dan rakan sepasukannya.”
”Saya berfikir semasa perlawanan mereka bercakap, apabila jaringan tersebut terhasil, Harry berkata kepada Christian (Eriksen), ‘saya menyentuh bola tersebut dengan menggunakan bahu’ dan selepas perlawanan mereka bergembira dan Harry berkata ‘itu adalah jaringan saya’ dan Christian berkata ‘baiklah, tiada masalah’.”
”Bagi saya, saya tidak kisah siapa yang menjaringkan gol. Saya lebih memikirkan mengenai tiga mata dan ianya adalah keputusan kelab untuk membuat rayuan.”