Mauricio Pochettino mahukan anak-anak buah beliau kejar Chelsea dalam persaingan kejuaraan liga musim ini.
Kekalahan Chelsea minggu lalu membuka sedikit pintu harapan untuk Spurs merapatkan kedudukan dengan Chelsea.
Kini defisit mata sudah dikurangkan kepada 7 mata. Pengendali dari Argentina ini mahukan semua pihak di Spurs termasuk penyokong optimistik.
Beliau berkata:
“Ia kedengaran tidak masuk akal. Namun dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku.”
Beliau melaungkan semangat itu dalam sidang media perlawanan tengah minggu ini menentang Swansea. Pochettino menambah lagi:
“Satu perkara yang kami harus tanam dalam diri adalah sikap percayakan diri sendiri. Itu sangat penting dalam bola sepak.”
“Bola sepak bukan sekadar kualiti di dalam permainan, belari pantas di dalam padang. Tetapi perlu ada kekuatan dan rasa percaya kepada diri sendiri, terus berusaha dan berjuang.”
“Falsafah bola sepak kami adalah, tiada perkara yang mustahil di dalam boa sepak.”
“Kami tahu, liga ini sangat sukar, apatah lagi untuk menang dalam setiap perlawanan. Liga ini terlalu kompetitif.”
“Namun, adakah kami mampu untuk kejar Chelsea? Ya! Cuma perlukan positiviti dalam minda kami, cuba memasang impian besar dan terus memberikan yang terbaik.”
“Tiada gunanya jika kami hanya fokus dalam perlawanan seterusnya dan selepas itu kami hilang fokus. Sata rasa kami mampu mendapatkan 3 mata menentang Swansea.”
“Dengan syarat kami turun bermain bola sepak kami. Kami perlu bermain lebih baik daripad Swansea dalam perlawanan ini dan sudah pastinya ia akan menuntut kami untuk berjuang mati-matian.”
Selepas cemerlang di bawah pengurus baru, Swansea kini merudum sekali lagi. Mereka cuma 1 mata di atas zon penyingkiran.
Baca juga: Analisis: Variasi Dalam Taktikal Pochettino Dan Penekanan Struktur Untuk Mengawal Tengah