Mauricio Pochettino Akui Sedikit Kecewa Selepas Hanya Mampu Catat Keputusan Seri Bertemu Brighton

Mauricio Pochettino

Skuad kendalian Maurico Pochettino, Tottenham Hotspur terlepas peluang untuk merapatkan jurang dengan Manchester United dan Liverpool selepas hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 di Amex Stadium ketika bertemu Brighton & Hove Albion FC.

Penjaring kedua terbanyak Liga Perdana Inggeris setakat ini, Harry Kane meletakkan Spurs dihadapan berselang dua minit selepas babak kedua bersambung.

Kelebihan tersebut bagaimanapun tidak kekal lama apabila Pascal Gross menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-50 untuk kembali mengikat kedudukan dan keputusan tersebut kekal hingga tamat perlawanan.

”Kami memikirkan untuk memberi peluang kepada pemain lain yang lebih segar untuk beraksi kerana pada hari Sabtu, kami akan bertemu Manchester United. Ianya sukar dari segi fizikal dan mental,” jelas Pochettino kepada Sky Sports.

”Kami mempunyai skuad yang baik untuk memenangi perlawanan ini. Hari ini tidak kerana kami melakukan penggiliran terhadap pasukan.”

”Semua pemain bersedia untuk bermain tetapi Brighton merupakan lawan yang sangat sukar dan kami perlu memberikan kredit kepada mereka.”

”Ini merupakan perlawanan yang sukar, pada separuh masa pertama dan kami bermula sangat baik di babak kedua.”

BRIGHTON, ENGLAND – APRIL 17: Christian Eriksen of Tottenham Hotspur in action during the Premier League match between Brighton and Hove Albion and Tottenham Hotspur at Amex Stadium on April 17, 2018 in Brighton, England. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

”Kami menjaringkan gol dan kemudiannya bolos. Kami menguasai permainan pada babak kedua, mencipta peluang tetapi ia belum cukup untuk memenangi perlawanan.”

”Keputusan seri ini sedikit mengecewakan kerana niat kami adalah untuk mendapatkan tiga mata penuh.”

Pada perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi, Pochettino melakukan beberapa pertukaran termasuklah dengan merehatkan pemain tengah, Dele Alli.

Toby Alderweireld yang kali terakhir beraksi dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada bulan Oktober kembali mengepalai jentera pertahanan tengah Tottenham Hotspur bersama-sama rakan senegaranya, Jan Vertonghen.

Di samping itu, Mauricio Pochettino juga telah membariskan Son Heung-Min, Victor Wanyama, Moussa Sissoko, Serge Aurier dan Lucas Moura di kesebelasan utama pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN