Quantcast

BERITA

Matthijs de Ligt Hampir Pasti Ikut Jejak Langkah Frenkie de Jong Sertai Barcelona

Salah satu laporan oleh Goal mengesahkan bahawa pemain pertahanan Ajax, Matthijs de Ligt semakin hampir untuk diumumkan sebagai pemain baru oleh Barcelona.

De Ligt sememangnya dijangka akan meninggalkan Ajax pada musim panas ini, dan Barcelona merupakan pilihan utama untuk mendapatkan tandatangan beliau.

Rakan sepasukan, Frenkie de Jong sebelum ini telah mengesahkan perpindahan bernilai €75 juta ke Nou Camp.

Dutch footballer Matthijs de Ligt poses with his trophy after winning the best Under 21 European footballer Golden Boy 2018 award, organised by Italian sports newspaper Tuttosport, during a ceremony in Turin on December 17, 2018. (Photo by Marco ALPOZZI / La Presse / AFP) / Italy OUT – China OUT (Photo credit should read MARCO ALPOZZI/AFP/Getty Images)

Menurut sumber dalaman yang dikatakan telah berkomunikasi dengan Goal, De Ligt hampir pasti akan menjadi pemain Barcelona dalam masa terdekat – walaupun belum ada pengumuman rasmi dilakukan oleh juara La Liga itu setakat ini.

Pengumuman dijangka akan dilakukan dalam tempoh beberapa hari akan datang, dan mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan berusia 19 tahun itu dilaporkan harus membida dengan harga sekitar €70-€75 million.

Walaupun pada usia yang sangat muda, De Ligt sudah diberikan peranan sebagai kapten pasukan, dan berjaya membawa Ajax mara ke separuh akhir UEFA Champions League pada musim ini.

AMSTERDAM, NETHERLANDS – DECEMBER 16: (L-R) Matthijs de Ligt of Ajax, Frenkie de Jong of Ajax, celebrate the victory after the game during the Dutch Eredivisie match between Ajax v De Graafschap at the Johan Cruijff Arena on December 16, 2018 in Amsterdam Netherlands (Photo by Erwin Spek/Soccrates/Getty Images)

Wakil dari Belanda itu mengejutkan pasukan gergasi eropah lain seperti Real Madrid dan Juventus, sebelum dinafikan tempat ke perlawanan akhir oleh Tottenham Hotspur.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ajax, Edwin van der Sar sebelum ini mengesahkan De Ligt akan pergi selepas tamat musim ini dan akan berhijrah sama ada ke Sepanyol atau pun England.

Barcelona tampak seperti sudah memenangi perlumbaan untuk mendapatkan De Ligt, dengan pasukan-pasukan lain seperti Liverpool, Manchester United dan Juventus mengikuti rapat perkembangan pemain muda itu ke Barcelona.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!