Pertahanan baharu Juventus, Matthijs de Ligt mengakui dirinya terkejut apabila diletakkan dibangku simpanan pasukannya dalam aksi pembukaan Serie A.
Menurut laman Football Italia, beliau mengakui lebih mahukan untuk beraksi berbanding menyaksikan pasukannya dari tepi padang.
“Jujurnya, saya lebih suka untuk bermain dan saya tak dapat apa-apa tanda yang saya tidak akan diturunkan.”
De LiApSungguh pun begitu, De Ligt mengakui ianya berkemungkinan kerana pihak kejurulatihan Juventus belum mendapati dirinya sudah bersedia untuk menyertai kebelasan utama.
Oleh kerana itu, beliau menghormati keputusan yang dilakukan terhadap dirinya.
Dalam masa yang sama, De Ligt mengakui yang dirinya telah melakukan apa sahaja untuk menyesuaikan diri dengan budaya Itali.
Salah satunya adalah dengan menyertai kelas bahasa Itali.
“Saya menyertai kursus bahasa Itali sebanyak 5 kali seminggu dan ianya cukup baik.”
Juventus memulakan kempen Serie A dengan kemenangan di tempat lawan ke atas Parma.
Jaringan tunggal Giorgio Chiellini sudah cukup untuk memberikan 3 mata buat mereka.