Kapten Harimau Malaya, Matthew Davies menjadi antara pemain yang bersemangat untuk menghadapi aksi terakhir Pestabola Merdeka 2023 bertemu Tajikistan pada Selasa ini.
Sebelum itu, Malaysia berjaya melayakkan diri ke final selepas mereka menundukkan cabaran India menerusi kemenangan bergaya 4-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Final Pestabola Merdeka 2023 Edisi Ke-42
Selasa, 17 Oktober 2023
⚽️ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇹🇯 TAJIKISTAN
🏟 Stadium Nasional, Bukit Jalil, 9:00 malam▶️ Dapatkan tiket sekarang di https://t.co/o0al6Ja88c#FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2023 pic.twitter.com/0kq7AJ2McJ
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 13, 2023
Kelibat Davies antara mencuri tumpuan pada perlawanan tersebut selepas beliau berjaya mencipta kombinasi sangat baik bersama rakan pertahanan lain untuk menyerap asakan lawan.
Malah, pertahanan tinggi lampai ini juga memainkan peranan cukup penting untuk membantu rakan serangan lain mencipta peluang menerusi hantaran lintang tepat beliau di dalam petak penalti.
Menerusi momentum semasa beliau, pastinya Kim Pan-gon akan terus menyenaraikan Davies untuk menghadapi Tajikistan supaya kejayaan dapat menjadi milik Harimau Malaya.
Mengulas perlawanan seterusnya ini, Davies memasang impian tersendiri untuk memastikan Malaysia berjaya merangkul kejuaraan tersebut di SNBJ.
Davies ketika ini percaya rakan sepasukan lain mampu menghadapi cabaran bakal diberikan Tajikistan biarpun kedudukan ranking pasukan lawan jauh lebih baik berbanding Malaysia.
Malah, pemain berusia 28 tahun itu juga menegaskan Harimau Malaya perlu mencatat kemenangan kerana bakal beraksi di hadapan ribuan penyokong setia skuad kebangsaan.
“Sudah semestinya fokus kami adalah untuk menang kerana ini adalah kejohanan kita, kita tahu sejarah di sebalik kejohanan ini.
“Jadi kita tidak mahu pasukan dari negara lain datang dan menang ke atas kami di stadium dan di hadapan penyokong sendiri,” katanya menerusi laporan Harian Metro.
Pada masa sama, Davies juga menyatakan beberapa aspek perlu diperbaiki kini terutama daripada segi corak permainan untuk memastikan keputusan positif dapat dilakar pada aksi bertemu Tajikistan.
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang tadi.
2️⃣ hari lagi menjelang Final Pestabola Merdeka 2023 menentang Tajikistan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini, 9.00 malam.#FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2023 pic.twitter.com/3zpZP5xBz1
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 15, 2023
“Ia keputusan yang bagus untuk kami tapi masih ada perkara yang boleh diperbaiki terutamanya di bahagian pertahanan yang mana saya rasa kita patut lebih baik selepas melepaskan dua gol mudah.
“Tapi apa yang penting adalah kita berjaya memperoleh kemenangan 4-2. Tidak dapat dinafikan kami dapat merasai tekanan beraksi di tempat sendiri dengan padang baru,” katanya akhir sekali.