Suasana bola sepak Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan berita positif apabila salah seorang pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) sah dilantik sebagai duta rasmi eFootball 2023.
Pemain tersebut ialah Matthew Davies dan perkara ini disahkan sendiri oleh beliau di Instagram miliknya semalam dan mendapat reaksi positif dalam kalangan rakan pemain dan penyokong.
Davies yang beraksi sebagai pertahanan kanan buat JDT boleh dianggap sangat bernilai buat pasukan tersebut serta skuad kebangsaan berdasarkan sumbangannya di atas padang.
Maka, tidak hairan mengapa beliau terpilih untuk menjadi duta kepada konsol tersebut yang sangat dikenali seluruh dunia dalam kalangan penggemar permainan video.
Dalam perkongsian tersebut, Davies juga telah mengajak kepada semua yang bermain konsol tersebut untuk meletakkan beliau dalam Dream Team sebagai pemain kesebelasan utama.
“Saya sangat teruja untuk mengumumkan pelantikan diri saya sebagai duta untuk eFootball 2023, dimana saya akan membuat kemunculan istimewa dalam permainan itu.
“Tambah diri saya sebagai pemain dalam Dream Team kamu! Kedua-dua versi untuk konsol serta mudah alih adalah percuma untuk dimainkan. Mari kita main eFootball 2023 bersama-sama,” jelas Davies di Instagram.
Menurut Vocket FC, Davies telah menjadi duta untuk senarai elit dan sebaris bersama bintang-binta bola sepak dunia iaitu Lionel Messi, Neymar, dan pemain muda Jepun iaitu Takefusa Kubo.
Malah, konsol tersebut turut menambah dua lagi pemain iaitu tonggak pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold serta kapten Manchester United, Bruno Fernandes untuk edisi kali ini.
PES 2021 NEW LIONEL MESSI LOOK OCTOBER 2022
Download: https://t.co/z3D3hwMX20
Credits for this update: Bebo Facemaker 2002#pes #efootball #pesnewupdates #newkits #newface #newpitch #ucl #efootball2023 #efootball23 #peslatestupdate #gamingwithtr #efootballpesnewupdates pic.twitter.com/XpLQspynrv
— Gaming WitH TR (@GamingWitHTR) October 21, 2022
Tambah laman tersebut, fokus diberikan kepada pemain baharu menerusi kekuatan yang ditambah untuk tema diperkenalkan kali ini iaitu New Season Kickoff- New Player Types & Licenses.
Permainan tersebut turut menambah dua jenis kad baharu untuk Dream Team eFootball yang juga sama dengan Ultimate Team dalam konsol FIF iaitu Sorotan dan Epik.
Untuk jenis kad sorotan, ia akan menampilkan pemain yang beraksi dengan sangat cemerlang pada musim semasa ketika ini.
Manakala untuk jenis epik pula, tahap permainan mereka akan lebih tinggi daripada pemain Legenda selain turut menampilkan bintang bola sepak terdahulu serta kini.
Selain Davies yang mempunyai rekaan grafik muka lebih tepat seperti realiti, seorang lagi pemain tempatan turut mendapat kelebihan tersebut iaitu Arif Aiman Hanapi.
Muka Arif Aiman new update efootball 2023🔥
–
–
–
Follow kami 🔽@PcntaBolaSpakMy#pecintabolasepakmalaysia #efootball2023 #ligasupermalaysia #ligasuper #malaysia #jdt #johordarultakzim #explorepage #explore #bolasepakmalaysia #arifaiman pic.twitter.com/BYrZMqI879— Pecinta Bola Sepak Malaysia (@PcntaBolaSpakMy) October 9, 2022
Lebih positif, kedua pemain tersebut merupakan tonggak buat JDT dan ini akan terus menaikkan nama pasukan itu di mata dunia dalam kalangan pengguna konsol tersebut.