Mats Hummels Cedera Teruk, Bakal Terlepas Aksi Menentang Real Madrid

Ini merupakan satu berita yang tidak mahu didengar oleh mana-mana peminat Bayern Munich.

Bintang mereka, Mats Hummels telah disahkan cedera selepas mengalami masalah buku lali.

Masalah yang dihadapi oleh Hummels nyata bukanlah masalah yang tidak serius, tetapi ia sebuah masalah yang cukup serius!

Hal ini terbukti kerana Hummels terpaksa diusung ketika hendak berjalan selepas mengalami kecederaan.

Kecederaan yang beliau hadapi adalah ketika menjalani latihan bersama rakan sepasukan beliau.

Tetapi berapa lamakah Hummels akan berehat?

Kecederaan yang dihadapi oleh Hummels nyata merupakan kecederaan yang cukup teruk hinggakan pihak kelab tidak mampu memberikan jangka masa berapa lama pemain itu akan berehat.

Apa yang pasti, Hummels bakal terlepas 2 perlawanan penting selepas ini.

Pertama adalah aksi penting suku akhir UEFA Champions League menentang Real Madrid dan seterusnya aksi Bundesliga menentang Bayer Leverkusen.

Di laman sosial, Hummels meluahkan kekecewaannya selepas mengalami kecederaan buku lali tersebut.

Pihak kelabnya juga mengucapkan kata-kata semangat kepada pemain mereka itu.

Kecederaan yang dialami Hummels nyata merupakan satu ‘badai’ buat pasukan terutama ketika Bayern Munich bakal menentang Real Madrid selepas ini.

Apa pun, semoga cepat sembuh Mats Hummels!

Baca juga: Ibrahimovic Samakan Diri Dengan Benjamin Button, Lahir Ketika Tua Mati Sewaktu Muda

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN