Tersingkir di separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah walaupun sudah bermati-matian bagi mencari kemenangan, sememangnya detik yang begitu menghampakan buat para pemain Bayern Munich.
Pada separuh akhir kedua yang berlangsung di Santiago Bernabeu awal pagi tadi, Bayern Munich mengikat Real Madrid dengan keputusan 2-2 dan menjadikan agregit 4-3 memihak skuad bimbungan Zinedine Zidane.
Beraksi di gelanggang lawan tidak menjadi masalah buat skuad kendalian Juup Heynckes untuk mempamerkan aksi lebih baik berbanding Real Madrid terutamanya pada aksi lewat permainan.
Bagi pertahanan kental, Mats Hummels menegaskan bahawa Bayern Munich beraksi lebih baik berbanding Real Madrid.
”Secara keseluruhannya kami beraksi dengan lebih baik dan mempunyai banyak peluang tetapi tidak menyempurnakannya.”
”Kami juga melepaskan gol mudah pada kedua-dua perlawanan dan ia merugikan kami pada tahap sebegini,” Hummels bercakap kepada Sky.
”Ia tidak memberikan kami apa-apa makna, kami telah memberikan saingan yang sangat hebat tetapi di akhirnya kami tidak mempunyai apa-apa.”
Kesilapan mudah dari penjaga gol, Sven Ulreich ternyata memakan diri apabila Karim Benzema tidak mensia-siakan peluang tersebut untuk jaringan kedua peribadi beliau pada perlawanan ini.
James Rodriguez cuba untuk kembali menghidupkan peluang dengan jaringan penyamaan pada minit ke-63 tetapi jaringan itu belum mampu untuk membawa Bayern Munich beraksi di Kiev.