Pertahanan yang membantu Liverpool menjulang UCL dan Piala Super Eropah, Joel Matip mencapai kesepakatan dengan Liverpool untuk kontrak baharu.
Kontrak tersebut menyaksikan Matip akan kekal di Liverpool sehingga 2024. Kontrak sebelum ini berakhir pada hujung musim ini.
Liverpool menghadiahkan kontrak baharu kepada pemain yang menyertai Liverpool secara percuma dari Schalke pada 2016.
Matip menjadi bahagian penting dalam pasukan Liverpool. Beliau bergandingan dengan sangat baik bersama Virgil Van Dijk sepanjang musim lalu.
Matip, 28, memberitahu: “Saya sangat gembira untuk terus menjadi sebahagian daripada kelab ini – untuk tempoh lebih lama. Saya sangat gembira.”
“Dari sudut luar sana, anda semua tahu Liverpool kelab yang besar. Apabila anda berada di dalamnya, anda akan benar-benar merasai betapa besarnya kelab ini.”
35 – Joel Matip has not been on the losing side in any of his last 35 @premierleague appearances, the longest ever unbeaten streak by an @LFC player in the competition. Renewed. pic.twitter.com/KSqzskD20r
— OptaJoe (@OptaJoe) October 18, 2019
“Kelab ini disokong oleh ramai orang di seluruh dunia dan penyokong Liverpool ada di mana sahaja.”
“Ianya kelab yang sangat besar dan saya rasa ramai pemain yang mahu bermain di sini.”
"To play at a club like Liverpool with these teammates, it’s a wonderful experience." 🙌
The weight of expectation, being a @ChampionsLeague winner and hungry to achieve more ⤵️
— Liverpool FC (@LFC) October 18, 2019
“Kita ada ramai bakat muda dan pasukan yang sarat dengan bakat. Saya rasa semua orang di sini dahagakan kejayaan. Dan kini kita melihat bagaimana kelab ini memenangi sesuatu dan kita semua mahu merasainya sekali lagi.”
Jurgen Klopp gembira dengan berita tersebut dan menganggap Matip sebagai pemain berkelas dunia, serta menjadi pemain penting di dalam projek beliau.