Matias Conti Bakal Memperkuatkan Jentera Serangan Pasukan Gergasi Merah?

Bekas penyerang import Pahang, Matias Conti kemungkinan akan kembali semula ke saingan Liga Malaysia apabila media tempatan, Kosmo melaporkan beliau berada dalam radar pasukan gergasi merah, Selangor.

Menurut sumber, skuad itu menerima tawaran daripada ejen Matias Conti yang kini dipinjamkan untuk beraksi di divisyen pertama liga bola sepak Chile.

Selangor kini sedang mengintai pemain import baharu bagi memantapkan skuad itu untuk menghadapi saingan sengit dalam Liga Super dan Piala FA.

Difahamkan pemain dari Portugal turut menjadi sasaran skuad itu untuk dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia yang kini sedang dibuka. Namun, Selangor enggan mendedahkan identiti pemain tersebut.

Matias Conti pernah julang Piala Malaysia ketika bersama pasukan Pahang.

Pengendali skuad itu, Muhammad Naz­liazmi Mohamad Nasir, beliau akui pemain import baharu itu perlu dinilaikan terlebih dahulu sebelum diserapkan dalam pasukannya.

“Pasukan enggan terburu-buru untuk mendapatkan pemain import dari Portugal yang pernah beraksi dengan liga Arab, manakala pemain Argentina itu pula pernah bersama liga China walaupun mereka mempunyai pengalaman yang sangat luas.

“Kita perlu mengikut kese­suaian pasukan terlebih dahulu kerana suasana Liga Malaysia (Liga M) tidak sama seperti yang mereka lalui sebelum ini.

“Pada masa sama, kami mahukan pemain baharu yang dapat membantu pasukan, terutamanya ketika berdepan perlawanan separuh akhir Piala FA menentang kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) bulan depan,” katanya.

Selangor kini mempunyai lima pemain import iaitu Evan Dimas dan Ilham Udin dari Indonesia selain Rufino Segovia dan Alfonso de Cruz dari Sepanyol serta Willian Pacheco (Brazil).

“Melalui sesi latihan dan perlawanan persahabatan kita dapat melihat prestasi pemain ini adakah ia mengikut kesesuaian pasukan atau sebaliknya.

“Saya perlu menilai dengan lebih terperinci supaya keha­diran mereka dapat menampung kekurangan yang ada pada pa­sukan.

“Kita mahu dana yang dila­burkan membuahkan hasil serta pemain dapat membawa nama Selangor sebagai salah satu pasukan pencabar utama dalam saingan Liga M,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN