Quantcast

BERITA

Mateo Kovacic: Kekalkan Fokus Sepenuhnya Atau Terima Nasib Seperti Liverpool

Pemain tengah Chelsea, Mateo Kovacic memberi amaran kepada rakan sepasukan agar mengekalkan fokus sepenuhnya ketika bertemu BATE Borisov atau terpaksa menerima nasib seperti Liverpool. 

Beliau turut menasihatkan pasukannya supaya tidak terlalu memandang rendah keupayaan BATE dengan beranggapan pasukan itu mampu memberi cabaran hebat buat Chelsea.

“Saya menyaksikan perlawanan itu, Liverpool sangat sukar,” kata Kovacic kepada Goal.

“Di Belgrade, lokasi itu sukar. Sangat sukar untuk bermain di sana, seperti di sini (Barysaw, Belarus).”

“Ini adalah perlawanan di mana anda perlu memberikan fokus sepenuhnya atau anda akan mengalami kekalahan.”

“Perkara yang paling penting ialah kita mesti bersedia supaya apa yang berlaku keatas Liverpool sebagai pengajaran dan tidak berlaku kepada kita,” tegasnya.

Chelsea bakal berkunjung ke Barysaw, Belarus bertemu BATE Borisov bagi perlawanan ke-4 saingan Liga Europa awal pagi esok.

Kedua-duanya pernah bertemu pada perlawanan ke-3 di Stamford Bridge sebelum ini dengan menyaksikan Chelsea berjaya menundukkan BATE 3-1 hasil jaringan hatrik Ruben Loftus-Cheek.

Mahu segera menjaringkan gol

Dalam pada itu, Mateo Kovacic turut berkata beliau harus segera menjaringkan gol dan melakukan lebih banyak bantuan untuk pasukan jika mahu dirinya mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

Setakat ini, pemain berusia 24 tahun itu hanya berjaya mencatatkan satu bantuan gol. Namun, beliau masih gagal menjaringkan gol dalam 13 penampilannya untuk Chelsea.

Soccer Football – Premier League – Chelsea v Arsenal – Stamford Bridge, London, Britain – August 18, 2018 Chelsea’s Mateo Kovacic comes on as a substitute to replace Ross Barkley Action Images via Reuters/John Sibley EDITORIAL USE ONLY. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or “live” services. Online in-match use limited to 75 images, no video emulation. No use in betting, games or single club/league/player publications. Please contact your account representative for further details.

Kovacic perlu bersaing secara sihat dengan Ross Barkley yang setakat ini telah berjaya menjaringkan setiap gol dalam tiga perlawanan berturut-turut.

“Sudah tentu, saya mahu memperbaikinya,” kata Kovacic menerusi FootballLondon.

“Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, itu adalah sebahagian perkara yang hilang dalam kerjaya saya setakat ini.”

“Menjaringkan gol, saya sudah kehilangan ia.”

“Saya pasti akan memperbaiki dari segi aspek permainan, tetapi pada akhirnya, saya gagal melihat diri saya sendiri.”

“Saya bersama pasukan ini, pasukan melakukan yang terbaik dan saya juga perlu memberikan yang terbaik.” tegas Kovacic.

“Terakhir, siapa yang memberi mata atau memberikan bantuan bukanlah perkara yang paling penting bagi saya, tetapi sebenarnya saya harus memperbaiki banyak aspek ini.”

Pemain antarabangsa Croatia itu dipinjamkan Real Madrid kepada Chelsea sepanjang musim ini.

Ketibaan Kovacic adalah sebahagian daripada perjanjian yang menyaksikan penjaga gol Chelsea, Thibaut Coutois menyertai Real Madrid dengan mengikat kontrak selama enam tahun.

 

  • SUMBER
KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!