Amat malang sekali apabila konsep jualan matchday programme (buku program perlawanan) untuk membantu dana kelab bola sepak masih lagi asing di negara kita.
Di negara-negara yang maju industri bola sepaknya, matchday programme adalah benda yang wajib dibeli oleh penyokong setia kelab pada setiap hari perlawanan.
Ia mengandungi artikel eksklusif, amanat dari ketua jurulatih, maklumat kelab dan platform bagi penaja kelab untuk mendapatkan brand awareness.
Matchday programme juga boleh dijadikan memorabilia kepada penyokong jika perlawanan yang dihadiri itu menjadi perlawanan bersejarah. Atau jika matchday programme itu sendiri berkualiti – seperti matchday programme Wolverhampton Wanderers (Wolves).
Illustrasi muka depan matchday programme yang cantik
Pada permulaan musim 2016/2017, Wolves mengumumkan kerjasama dengan artis tempatan, Alexander Wells yang akan menghasilkan siri Wolves menentang 23 lawan mereka di liga Championship.
Berikut merupakan senarai lengkap illustrasi muka depan matchday programme Wolves pada musim ini.
1) 13 Ogos 2016, Wolves vs Reading
2) 16 Ogos 2016, Wolves vs Ipswich
3) 10 September 2016, Wolves vs Burton Albion
4) 10 September 2016, Wolves vs Barnsley
5) 24 September 2016, Wolves vs Brentford
6) 1 Oktober 2016, Wolves vs Norwich City
7) 22 Oktober 2016, Wolves vs Leeds
8) 5 November 2016, Wolves vs Derby
9) 26 November 2016, Wolves vs Sheffield Wednesday
10) 10 Disember 2016, Wolves vs Fulham
11) 26 Disember 2016, Wolves vs Bristol City
12) 31 Disember 2016, Wolves vs QPR
13) 14 Januari 2017, Wolves vs Aston Villa
14) 11 Februari 2017, Wolves vs Newcastle
15) 14 Februari 2017, Wolves vs Wigan
16) 24 Februari 2017, Wolves vs Birmingham
17) 11 Mac 2017, Wolves vs Rotherham
18) 1 April 2017, Wolves vs Cardiff
19) 4 April 2017, Wolves vs Nottingham Forrest
20) 14 April 2017, Wolves vs Brighton
21) 22 April 2017, Wolves vs Blackburn
22) 25 April 2017, Wolves vs Huddersfield
23) 7 Mei 2017, Wolves vs Preston North End
24) BONUS: 18 February 2017, Wolves vs Chelsea (FA Cup)