Berapakah Mata Diperlukan Pasukan Liga Super Untuk Mengelak Dari Tersingkir Ke Liga Perdana?

Satu perkara yang menjadi tumpuan dalam sesebuah liga selain dari mencari juara adalah persaingan di bahagian bawah liga.

Andai makhota kejuaraan telah pun ditentukan lebih awal seperti 2 atau 3 perlawanan lebih awal, maka pastinya tumpuan selepas itu akan ditumpukan kepada persaingan mengelak penyingkiran.

Di Eropah lazimnya liga yang mengamalkan liga 20 pasukan seperti Premier League dan La Liga, sasaran 40 mata sering ditetapkan oleh pengurus bagi pasukan-pasukan kerdil.

Penyokong West Bromwich Albion meraikan kejayaan berjaya kekal di Premier League satu ketika dahulu

Hal ini kerana, 40 mata yang digelar sebagai mata magis (magic point) merupakan jumlah yang boleh dikatakan sebagai cukup untuk sesebuah pasukan itu tidak tersingkir ke liga bawahan.

Tapi itu di Eropah, tapi bagaimana pula di Liga Malaysia?

Artikel ini akan mencari berapakah jumlah mata minimum yang diperlukan pasukan Liga Super untuk mengelakkan diri dari tersingkir ke Liga Perdana.

Jumlah tidak tetap

Jumlah tidak tetap ini merujuk kepada bilangan pasukan Liga Super yang sering berubah sejak ia diperkenalkan pada 2004.

Pada 3 tahun pertama liga, format liga 8 pasukan diperkenalkan dengan 21 perlawanan dimainkan setiap pasukan.

Walaupun format yang sama, namun terdapat perbezaan kualiti dari setiap pasukan yang bermain setiap musim.

Hal ini kerana pada musim 2004 pasukan Sabah cuma mengutip 17 mata untuk kekal di Liga Super.

Sabah merupakan pasukan pertama yang berjaya mengelak penyingkiran di era Liga Super pada 2004

Manakala Pulau Pinang perlu mengutip 25 dan 28 mata pada 2 musim berikutnya untuk mengelak dari tersingkir ke Liga Perdana.

Jumlah mata itu turun pada saingan liga 13 pasukan pada musim 2007 dan 2008.

Pada 2007, Sarawak memerlukan cuma 10 mata sahaja untuk mengelak penyingkiran pada waktu itu.

10 mata merupakan jumlah terendah untuk sebuah pasukan terlepas dari penyingkiran dalam sejarah Liga Super.

Tetapi Pulau Pinang memerlukan 17 pada musim 2008 untuk terus kekal di Liga Super.

Jumlah tertinggi pada 2012

Ketika era Liga Super menggunakan format liga 14 pasukan, ia mencatatkan kutipan mata paling tinggi dalam sejarah untuk terus oleh sebuah pasukan untuk terus kekal di liga tersebut.

Format liga 14 pasukan Liga Super bermula pada 2009 dan dihapuskan pada 2012.

Seiring dengan pertambahan kepada 14 pasukan, maka jumlah mata yang dipungut mula meningkat berbanding saingan liga pada tahun-tahun sebelumnya dengan rata-rata mengumpul 20 mata ke atas untuk terus kekal di Liga Super.

Tetapi pada musim 2009, Pahang masih cuma memerlukan 17 mata sahaja untuk mengelak tersingkir ke Liga Perdana.

Ia berbeza dengan jumlah mata yang dipungut oleh Perlis sebanyak 29 mata pada 2010 dan Kuala Lumpur dengan 26 mata pada 2011.

Jumlah tertinggi oleh pasukan Liga Super untuk mengelak dari tersingkir ke Liga Perdana adalah pada 2012.

Ia dicatatkan oleh FELDA United apabila mereka mencatatkan 35 mata untuk terus kekal di Liga Super.

Akan tetapi, musim 2012 terdapat pengecualian apabila ketika itu 4 pasukan disingkirkan dari Liga Super dan digantikan dengan 2 pasukan dari Liga Perdana untuk membentuk liga 12 pasukan pada musim seterusnya.

Kedudukan Liga Super di zon bawahan pada 2012 yang menyaksikan 4 pasukan tersingkir.

Era liga 12 pasukan

Bermula pada 2013, Liga Super menggunakan format liga 12 pasukan sehinggalah sekarang.

Pada era ini, jumlah mata minimum yang dikutip pasukan untuk tidak tersingkir mengalami pasang surutnya.

Sebagai contoh pada 2013, T-Team memerlukan cuma 19 mata sahaja untuk kekal di Liga Super.

Ia meningkat pada 2014 apabila ATM terpaksa mendapatkan 24 mata untuk tidak tersingkir.

Jumlah itu kembali kepada 19 mata pada 2015 dengan Sarawak berjaya kekal di Liga Super dengan jumlah itu.

Akhir sekali pada musim lalu Pulau Pinang memperoleh 22 mata untuk kekal di Liga Super.

Pulau Pinang mengesahkan status Liga Super mereka pada musim lalu di hari terakhir liga

Berapakah magic points yang diperlukan?

Setelah melakukan kiraan dari musim 2004 hingga ke musim 2016, penulis mendapati pasukan Liga Super perlu menetapkan sasaran 22 mata sebagai mata minimum untuk tidak tersingkir ke Liga Perdana.

Kiraan tersebut diambil dengan menambah jumlah mata yang diperoleh semua pasukan yang berjaya menduduki satu anak tangga dari zon penyingkiran Liga Super bermula pada tahun 2004 hinggalah pada 2016.

Ia merupakan jumlah mata yang kami ceritakan dari awal artikel tadi.

Ia kemudiannya dibahagikan kepada 13 yang merujuk kepada jumlah 13 musim Liga Super yang sudah berlangsung:

  • Jumlah mata pasukan Liga Super yang terselamat dari penyingkiran (2004-2016): 17+25+28+10+17+17+29+26+35+19+24+19+22  = 288 mata
  • 228 mata dibahagikan kepada 13 (jumlah edisi Liga Super dari 2004-2016): 22.153

Jumlah 22.153 itu kemudiannya kami bundarkan menjadi 22. Maka pasukan Liga Super perlu sasarkan 22 mata minimum untuk memastikan mereka kekal di Liga Super.

Jumlah 22 mata ini di akhir musim lazimnya akan meletakkan pasukan itu ditangga ke-10 atau jika bernasib baik pasukan tersebut boleh duduk ditangga ke-9 atau ke-8 dengan jumlah mata tersebut.

Siapakah yang sering terlepas dari penyingkiran?

Dari 13 musim Liga Super, terdapat satu pasukan yang sepertinya sudah pakar dalam mengelak dari tersingkir ke Liga Perdana.

Pasukan tersebut adalah pasukan Pulau Pinang.

Pulau Pinang merupakan pasukan paling kerap berjaya mengelakkan diri dari tersingkir dari Liga Perdana. Untuk rekod, mereka telah melakukannya sebanyak 4 kali!

Mereka melakukannya pada musim 2005, 2006, 2008 dan 2016.

Pulau Pinang vs Melaka,Pulau Pinang player,Diogo Alexandre Alves Ferreira (5),(Right),during Super League match at Stadium Batu Kawan Pulau Pinang on,1 March 2017,Photo by Irzan Ariffin / www.asiana.my,

Lebih hebat, Pulau Pinang melakukannya ketika 3 era format Liga Super yang berbeza iaitu ketika format liga 8 pasukan, format liga 13 pasukan dan format liga 12 pasukan.

Pasukan kedua terbanyak adalah Sarawak dengan 2 kali ketika musim 2007 dan 2015.

Lain-lain pasukan yang berjaya terselamat adalah Sabah (2004), Pahang (2009), Perlis (2010), Kuala Lumpur (2011), FELDA United (2012), T-Team (2013) dan ATM (2014) – semuanya berjaya melakukan sekali sahaja.

Jadi dengan rekod ini, sedikit sebanyak boleh memberikan keyakinan kepada penyokong Pulau Pinang dan Sarawak untuk terus kekal di Liga Super pada musim ini.

Pulau Pinang telah berjaya melakukannya pada musim lalu, mampukah mereka lakukannya sekali lagi musim ini? Kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN