Melaka United akhirnya berjaya memperoleh kemenangan pertama mereka musim ini dengan mencatat kemenangan besar ke atas pasukan PIB FC dalam aksi pusingan pertama Piala FA tahun 2022 di Stadium Hang Jebat.
Sebelum itu, pasukan kendalian Risto Vidakovic tersebut hanya mencatat keputusan yang agak hambar apabila dua perlawanan awal musim ini menyaksikan Melaka hanya memperoleh satu keputusan seri dan satu kekalahan di saingan Liga Super.
PERLAWANAN PIALA FA MALAYSIA 2022
Khamis, 31 Mac 2022 Stadium Hang Jebat, Melaka
KEPUTUSAN PENUH
——–
MELAKA UNITED FC (4) – (0) PIB FC⚽️ Emmanuel Oti 11'
⚽ Adriano Narcizo 56' P
⚽ Nurshahrul Idlan Talaha 60' 76'#FullTime#PialaFA2022#MelakaUnitedFC2022 pic.twitter.com/O6NMBANQXA— Melaka United FC (@MelakaUnitedFC) March 31, 2022
Lebih menarik, penyerang tempatan iaitu Norshahrul Idlan Talaha menjadi tumpuan semalam apabila berjaya meledak dua gol di separuh masa kedua untuk membuktikan beliau masih relevan beraksi musim ini.
Aksi semalam menyaksikan pemain import baharu mereka, Emmanuel Oti terlebih dahulu membuka jaringan gol pada minit ke-11 setelah menerima hantaran yang baik daripada Sonny Norde untuk memberi tekanan awal kepada pasukan dari Liga M3 itu.
Walaupun begitu, keputusan tersebut kekal sehingga ke wisel penamat separuh masa pertama dengan pasukan pelawat lebih banyak bertahan dan sesekali berjaya mengimbangi perlawanan untuk memberi kesukaran buat Melaka United memperoleh gol kedua perlawanan.
Pada aksi separuh masa kedua pula, Melaka United meningkatkan intensiti serangan mereka untuk memberi tekanan demi tekanan buat PIB dan hasilnya mereka memperoleh sepakan penalti setelah percubaan Akmal Zahir terkena tangan salah seorang pemain pelawat.
Pemain serangan import Melaka United, Adriano tidak menghadapi masalah untuk menyempurnakan sepakan tersebut pada minit ke-56 dan terus meletakkan Melaka United selesa dua gol di hadapan pada separuh masa kedua.
Dengan beraksi hanya 10 orang, PIB nyata tidak dapat meneruskan momentum terbaik mereka seperti di separuh masa pertama dan lebih banyak bertahan di kubu sendiri menghadapi barisan serangan Melaka United.
Bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul menjadi wira perlawanan semalam apabila berjaya meledak dua gol walaupun dimasukkan selaku pemain gantian dengan menjaringkan gol pada minit ke-60 dan 76 perlawanan menyaksikan Melaka United terus mengesahkan kemenangan tersebut.
PERLAWANAN PIALA FA MALAYSIA 2022
Khamis, 31 Mac 2022 Stadium Hang Jebat, Melaka
KEPUTUSAN SEMASA
——–
MELAKA UNITED FC (4) – (0) PIB FC⚽️ Emmanuel Oti 11'
⚽ Adriano Narcizo 56' P
⚽ Nurshahrul Idlan Talaha 60' 76'#PialaFA2022#MelakaUnitedFC2022 #AllUniteforMelaka pic.twitter.com/vocOkHsHwZ— Melaka United FC (@MelakaUnitedFC) March 31, 2022
Pemain ini nyata menjadi duri dalam daging buat pasukan pelawat apabila sering mengkucar kacirkan pertahanan dengan larian dan gerakan individu yang menarik selain menggunakan pengalaman beliau untuk meledak gol dengan tenang.
Keputusan kekal sehingga wisel penamat dengan Melaka United mencatat kemenangan 4-0 ke atas PIB FC dan layak ke pusingan seterusnya.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!