Mat Yo: Berubahlah Penyokong Malaysia

Mat Yo

Pemain negara yang berkelana ke Thailand, Norshahrul Idlan Talaha mahu peminat bola sepak tanah air mencontohi pemikiran dan sikap ditonjolkan para penyokong di negara ‘Gajah Putih’ itu.

Norshahrul atau lebih mesra dengan panggilan Mat Yo berkelana ke Thailand pada 16 Januari lalu untuk menyertai Bangkok Glass (BG) Pathum United selama semusim bagi mengisi kuota pemain import ASEAN.

Hampir setahun berada di negara jiran itu, sudah pasti Norshahrul dapat melihat perkara positif dari segenap aspek terhadap persekitaran bola sepak di Thailand dan tidak terkecuali juga melibatkan kepada mentaliti para penyokong di sana.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram rasmi miliknya, Norshahrul telah memuatnaik kenyataan yang jelas memuji sikap para penyokong di Thailand dan mahu ianya turut diikuti oleh peminat tanah air.

Selain penyokong, Mat Yo turut mahukan pasukan-pasukan di Malaysia juga meningkatkan kualiti Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menghadirkan saingan sengit dalam saingan liga.

”Malaysia tolonglah, contohi kelab macam JDT. Aku tak perlu ‘up’ dan tak perlu nak kipas sesiapa tapi ini kenyataan semua perlu sedar dan terima hakikat. Kalau kelab di Malaysia contohi JDT, barulah ada saingan.”

”Bayangkan di Thailand, semua pasukan macam JDT, semua sama dan setaraf. ‘Minded’ mereka pun jauh lebih baik. Memang [mereka] ada kekurangan tetapi ambil kelebihan itu jadi panduan buat kita.”

”Padang, fasiliti, pengurusan terbaik dan penyokong juga terbaik. Saya kadang-kadang malu dengan mereka sebab terlalu ‘supportive’. [Mereka] nak maki dalam stadium, apabila habis perlawanan dan keluar stadium macam ‘family’ hormat satu sama lain.”

Embed from Getty Images

”Dekat luar jumpa mereka malu untuk bertegur sampai saya yang tegur tanyakan kepada mereka nak bergambar ke sebab nampak peminat kehulu kehilir seperti nak tegur [saya] tetapi tak tegur.”

”Rupanya dia bagitahu saya. Kena hormat saya tengah makan, dia sedia untuk tunggu [habiskan makanan] sebab tak mahu mengganggu. Banyak kali meminta maaf sebab nak mengambil gambar.”

”Kalau di Malaysia, saya tengah makan bersama ‘family’, kata [tunggu] sekejap, Lepas tu viral mengatakan saya sombong. Belajar untuk berubah ‘guys’, demi untuk bola sepak kita.”

Kenyataan ikhlas dari sanubari pemain berusia 34 tahun itu mungkin ada kena mengena dengan kritikan dilemparkan oleh para peminat tempatan terhadapnya.

”Aku ni dah berusia bak kata korang ‘KUDA TUA’ tapi aku kena cari ‘team’ yang betul-betul perlukan khidmat aku. Aku bukan nak main sampai [umur] 40, tinggal 2,3 tahun je lagi. Tapi hormatlah pemain kita, sokonglah selagi boleh.”

”Jauhkan negatif, budaya kita jiwa bangsa kita. ‘Come on’ Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku. Berubah demi bola sepak negara kita. Aku jarang tegur, jarang bersuara mungkin faktor umur aku yang perlukan ketenangan dan penat ‘guys’ nak berjaya. Janganlah ‘korang’ sia-siakan pemain tua macam aku ni.”

”Dah mati baru nak dikenang dan terlambat. Buat baik tak perlu masa, aku merayu berubahlah. Semua pihak kena bersatu hati demi bola sepak negara,” tambah Norshahrul lagi meluahkan kekecewaannya.

Sebahagian daripada ‘pengikut’ Instagramnya bersetuju dengan luahan daripada Mat Yo itu dan ada juga yang memberikan pendapat tersendiri dalam menjawab isu diutarakan oleh pemain kelahiran Besut, Terengganu tersebut.

Kredit featured image: Pakawich Damrongkiattisak/Getty Images

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN