Mat Sabu Dilantik Sebagai Penasihat KAFA

Mat Sabu

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengambil langkah drastik selepas melantik Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) sebagai penasihat persatuan tersebut.

Menurut sumber laman Facebook Kelantan FA, pelantikan Mohamad Sabu itu berkuatkuasa 16 Oktober 2019 [semalam] susulan persetujuan yang dimeterai ketika kunjungan hormat Presiden KAFA, Dato Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah di Wisma Kementerian Pertahanan.

“Bagi pihak KAFA, kita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan di atas kesudian beliau menerima pelantikan sebagai penasihat persatuan ini.

“Beliau akan bertindak selaku penasihat persatuan tetapi tidak mencampuri urusan Majlis Penasihat KAFA yang diwujudkan tiga bulan lalu dan berfungsi sebagai sokongan ke atas usaha menambah baik bola sepak Kelantan,” ujar Dato Haji Wan Abdul Rahim.

Dalam perkembangan lain, Presiden KAFA yang dilantik pada awal Julai lalu itu kini semakin serius dalam menyelesaikan perkara berbangkit terutamanya berkenaan hutang yang melanda pasukan tersebut.

KAFA dilaporkan telah menjelaskan sebahagian hutang membabitkan tunggakan bayaran kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bonus untuk pembaca semua. Kami nak kongsikan resipi Gulai Ikan Mat Sabu.

1. Ikan apa saje jenis Tenggiri/ Kembong / Merah/ Bawal.
2. Bawang Putih
3. Bawang merah
4. Halba campur
5. Daun Kari
6. Rempah kari ikan
7. Bawang besar
8. Bendi
9. Air Asam jawa
10. Video Mat Sabu menumbuk bahan tumis dengan betul.

Cara memasak :

1. Tumis: Hirisan bawang putih dan bawang merah + Halba campur+Daun kari.
2. Masukkan rempah kari ikan Babas 2 bungkus (bancuh dengan air sedikit). Biar pecah minyak anggaran 5 minit.
3. Masukkan hirisan 2 biji bawang besar dan terung@bendi. Biar lembut anggaran 5 minit.
4. Masukkan air asam jawa (saya guna 3/4 sudu the asam jawsa Adabi + 1 mangkuk kecik air. Jika suka kari lebih cair tambah air dan asam)
5. Masukkan ikan. Biar gelegak. Masukkan Garam secukup rasa dan serbuk pati ikan bilis Nor.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN