Massimiliano Allegri Belajar Bahasa Inggeris, Sasar Jadi Pengurus Manchester United

Massimiliano Allegri kini sedang tekun mengikuti kelas Bahasa Inggeris, dan bekas jurulatih Juventus dan AC Milan itu dikhabarkan mensasarkan jawatan pengurus di Manchester United sekiranya Ole Gunnar Solksjaer dipecat.

Allegri yang meninggalkan Juventus pada akhir musim lalu – selepas memenangi lima kejuaraan Serie A – hadir menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) diantara Tottenham Hotspur dan Bayern Munich.

Pengendai dari Itali itu dikaitkan dengan beberapa kelab Inggeris sebelum ini, namun The Guardian mendedahkan Allegri mensasarkan untuk menyertai Manchester United sekiranya Solskjaer dipecat.

Walaupun Manchester United merekodkan permulaan terburuk di pertandingan liga sejak 30 tahun yang lalu, kelab tersebut dikhabarkan tidak merancang untuk memecat Solksjaer buat masa ini.

Solskjaer baharu sahaja menandatangani kontrak selaku pengurus tetap pada Mac lalu, dan hanya berada di musim penuh pertama beliau.

Walaupun Allegri sudah meninggalkan Juventus pada penghujung musim lalu, beliau dikhabarkan masih terikat dengan kontrak sehingga 2020 bersama kelab Turin itu.

Namun ia dipercayai tidak akan menganggu perancangannya untuk ke Old Trafford, sekiranya pengurusan tertinggi United merancang untuk berbuat demikian.

Allegri dilaporkan sanggup untuk mengendalikan Manchester United walaupun kelab tersebut tidak layak beraksi di pertandingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan.

Walaupun jika benar terdapat minat dari Allegri untuk membimbing United, kami tidak pasti jika ia idea yang baik untuk memecat Solkjaer sekarang.

Satu lagi pengurus baharu, bermakna satu lagi idea baharu yang pasti datang dengan pemain dan jumlah perbelanjaan yang lebih banyak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN