Masih Wujudkah Penyokong Selangor?

Selangor

Gelaran ‘King of Malaya’ yang pernah diberikan kepada skuad Selangor seakan-akan sudah tidak lagi relevan dengan situasi pasukan lagenda itu ketika ini.

Mengakui bahawa penulis merupakan salah seorang penyokong Selangor turut menyedari akan kemerosotan kehadiran penyokong gergasi merah ke stadium.

Selepas kekalahan ke atas Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah dalam saingan unifi Liga Super Malaysia 2018 telah menyebabkan kehadiran penyokong ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada perlawanan menentang Negeri Sembilan dan PKNP FC tidak melebihi 2,000 penyokong.

Sekiranya alasan beraksi pada hari bekerja menjadi faktor penghalang adalah sesuatu yang mustahil kerana kedua-dua perlawanan tersebut berlangsung pada hari Ahad.

Kehangatan ketika menyaksikan perlawanan tidak lagi menjadi meriah kerana setiap kali tibanya hari perlawanan, suasana perkarangan stadium yang suram telah merencatkan kemeriahan pra-perlawanan.

Pada setiap perlawanan, penaja utama Selangor, RedOne akan membuka satu booth di perkarangan Stadium Bolasepak KL, Cheras bagi sesi promosi ketika pra-perlawanan kelihatan suram akibat daripada bilangan penyokong yang mengecewakan.

Rata-rata penyokong Selangor tidak menganggap perkara ini serius kerana ia melibatkan kedudukan kewangan pasukan Selangor.

Penaja merupakan salah satu sumber kewangan yang besar bagi mengekalkan sumber kewangan sesebuah pasukan. Setiap penaja yang memberikan tajaan adalah bertujuan untuk pelaburan.

Namun, jika sambutan penyokong yang suram pasti membuatkan para penaja ragu-ragu dengan pelaburan yang telah dilaburkan tidak dapat membawa faedah buat penaja.

Selangor juga berpotensi kehilangan penajaan yang menjadi sumber untuk bolasepak Selangor ini terus hidup.

Penulis menjangkakan masalah ini akan berlarutan kerana saingan Liga Super masih diteruskan walaupun di dalam bulan Ramadhan.

Ia akan menyukarkan penyokong Selangor yang majoritinya beragama Islam kerana sibuk menunaikan ibadah.

Penulis turut berkesempatan untuk menyenaraikan beberapa faktor yang menjadi penghalang buat penyokong Selangor untuk hadir ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras:

  • Kemerosotan dan prestasi tidak menentu pasukan Selangor

Masalah ini bukan sahaja yang bakal dihadapi oleh pasukan Selangor sahaja. Kebanyakkan pasukan di Liga Malaysia akan menghadapi masalah yang sama apabila sesebuah pasukan itu mengharungi prestasi yang tidak menentu.

Turut menimpa nasib yang sama, Kelantan FA. Penyokong Red Warriors yang suatu ketika dahulu Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu pernah dibanjiri oleh ribuan penyokong TRW pada setiap perlawanan.

Sikap memboikot perlawanan telah menjadi tabiat bagi peminat bolasepak di Malaysia. Bahasa mudahnya adalah ‘Kalau Kalah Tak Pergi Stadium, Kalau Menang Pergi’.

Selepas menamatkan 10 perlawanan dalam saingan liga, Selangor hanya mencatatkan tiga kemenangan, dua keputusan seri manakala mengalami lima kekalahan setakat ini.

Sikap penyokong Selangor ‘memilih perlawanan’

‘Pilih perlawanan’ bermaksud sikap penyokong yang hanya akan datang ke stadium disebabkan kehangatan perlawanan tersebut.

Perkara ini dapat dibuktikan pada perlawanan Liga Super ke 10 pertembungan antara Selangor dan Johor Darul Ta’zim.

Seperti yang kita tahu pertembungan Selangor dan Johor Darul Ta’zim merupakan perlawanan yang ditunggu tunggu bagi kedua-dua penyokong.

Disebabkan kehangatan perlawanan mendorong penyokong hadir ke stadium. Pada perlawanan tersebut merekodkan peningkatan bilangan penyokong kira-kira 7,000 penyokong namun ia turut dibantu oleh kehadiran penyokong pasukan pelawat yang hadir. I

a tetap menunjukkan peningkatan berbanding perlawanan menentang Negeri Sembilan dan PKNP FC

  • Jarak Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Faktor jarak Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras yang jauh mungkin menjadi penghalang kepada penyokong Selangor.

Di bawah ini penulis telah menyediakan perbandingan jarak dan masa perjalanan antara Stadium Shah Alam (SSA) dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras (CHERAS) dengan 9 daerah di seluruh negeri Selangor:


Melihat dari perbandingan di atas menunjukkan jarak 6 daripada 9 daerah di Selangor dengan Stadium Shah Alam adalah lebih dekat berbanding Stadium Bolasepak KL, Cheras.

Antara 6 daerah yang mempunyai jarak dekat dengan SSA, 2 daerah daripadanya menunjukkan perbezaan yang besar iaitu Klang dan Petaling.

Perbezaan jarak melebihi 20 KM. 3 daripada 9 daerah di negeri Selangor mempunyai jarak yang berdekatan dengan Stadium Bolasepak KL, Cheras berbanding SSA iaitu Hulu Langat, Gombak, Hulu Selangor.

Namun jarak stadium tidak boleh dijadikan faktor utama yang menjadi penghalang.

Walaupun Klang dan Petaling memiliki perbezaan jarak yang besar, jarak mereka untuk ke Cheras masih lagi di bawah 40 KM berbanding Sabak Bernam yang jarak ke Cheras adalah 125 KM!

Rumusan

Selangor antara pasukan di Malaysia yang paling banyak memiliki sejarah gemilangnya. Namun sejarah tetap menjadi sejarah.

Adakah penyokong Selangor hanya mahu megah dengan kekuatan sejarahnya sahaja?

Apakah dengan kekuatan sejarah itu mampu membuatkan kita menjuarai Liga Super dan mampu membawa kita ke Asia?

Penyokong Selangor perlu percaya akan kekuatan sesebuah pasukan itu kerana penyokongnya. Terbaru, Perlis mengumumkan bakal mengikuti jejak langkah Kuantan FA dengan menarik diri dari penyertaan liga.

Punca penarikan penyertaan ini mungkin disebabkan oleh sumber kewangan yang tidak kukuh. Apakah penyokong Selangor hanya boleh mengkritik sahaja dan tak mampu untuk menyumbang kepada kewangan pasukan Selangor?

Harapan penulis agar Selangor terus kekal dan meneruskan rentak cemerlang di sangan Liga Super dan Piala FA untuk mendapatkan slot ke Piala AFC 2019.

Penulis juga berharap agar peningkatan kesedaran dalam kalangan penyokong Selangor dalam menghadirkan diri ke stadium.

Forza Selangor!

Foto: Google

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil kiriman Footy Selangor. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN