Masih Wujud ‘Pemikiran Toksik’ Anggap Keganasan Jurulatih Terhadap Atlet Kanak-Kanak Adalah ‘Perkara Biasa’

Jurulatih lempang

Ketika ini sedang tular video seorang jurulatih pasukan bola tampar ‘melempang’ pemainnya yang berusia 14 tahun dan pastinya ia adalah tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali dalam sukan.

Menurut artikel oleh The Vibes, insiden tersebut berlaku ketika Kejohanan Bola Tampar Remaja B-14 2022 yang berlangsung di SJK (C) Pei Hwa, Johor Bharu dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat yang mempertemukan pasukan tuan rumah menentang Melaka.

https://twitter.com/jllmisai/status/1609494359342469130?s=20&t=bSLiUDZxZn5JokB9CI6j3A

Perlawanan tersebut disiarkan secara langsung menerusi penstriman Facebook dan ketika pasukan Melaka ketinggalan 16-11, jurulatih tersebut yang masih belum dikenal pasti identitinya dilihat telah menampar dua orang atletnya yang masih di bawah kategori kanak-kanak.

Seorang pengguna Twitter menerusi ciapannya telah mendedahkan keratan klip tersebut dengan harapan tindakan sewajarnya dapat diambil ke atas kesalahan serius tersebut.

Malangnya, terdapat beberapa komen yang ‘mewajarkan’ keganasan yang dibuat oleh jurulatih tersebut seolah-olah ia adalah perkara biasa dalam sukan.

Ciapan tersebut ternyata mendapat kritikan keras oleh pengguna yang lain.

Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa kesedaran rakyat Malaysia terhadap isu keganasan masih di tahap yang rendah.

Maka tidak hairanlah isu penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga tidak dianggap sebagai masalah yang serius di negara ini.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah memperincikan definisi keganasan teerhadap kanak-kanak didefinisikan sebagai semua bentuk keganasan terhadap individu di bawah usia 18 tahun; yang mungkin dilakukan oleh ibu bapa, penjaga, rakan sebaya, pasangan atau orang yang tidak dikenali.

Jenis keganasan termasuklah dari segi penderaan fizikal / seksual / psikologi / emosi; buli; pengabaian dalam keluarga; pemerdagangan kanak-kanak; penjualan bayi; buruh kanak-kanak; pembunuhan bayi; dan termasuk semua bentuk keganasan di sekolah; hukuman rotan, pembuangan sekolah dan lain-lain.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan timbalannya Adam Adli Abd Halim masing-masing telah mengeluarkan kenyataan bahawa kementeriannya akan mengambil serius terhadap insiden tersebut dan sedang mendapatkan maklumat terperinci mengenainya.

Jurulatih tersebut boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001. Seksyen 17(2)(a)  yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya.

Diharapkan rakyat Malaysia tidak merasionalkan sebarang tindakan keganasan terhadap kanak-kanak dengan bernostalgia atas pengalaman diri sendiri menggunakan kata-kata “aku dulu….”.

Pengalaman anda ‘didera’ semasa kanak-kanak yang kononnya menjadikan anda ‘seorang manusia berguna’ pada hari ini tidak menjadikan ianya adalah ‘perkara betul’.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN