David Seaman adalah penjaga gol terbaik England selepas Peter Shilton. Prestasi terbaiknya datang semasa Euro 1996 dan World Cup 1998.
Tetapi semasa World Cup 2002, umur Seaman sudah menjangkau 39 tahun. Wartawan sukan menganggap Seamen sudah melepasi zaman kegemilangannya. Mereka menjangkakan memori Peter Shilton semasa World Cup 1990 akan berulang.
Sebelum perlawanan bermula, kapten Brazil Cafu memberi tips kepada Ronaldinho. Ketika itu Ronaldinho dilantik sebagai pengambil sepakan percuma utama Brazil.
Cafu memberitahu Ronaldinho: Seaman suka keluar dari garisan golnya untuk mendominasi kotak penalti.
Ketika perlawanan, Brazil mendapat sepakan percuma 40 yards di sebelah kanan Brazil. Dalam situasi normal, pemain akan menghantar sepakan percuma tersebut kepada rakan sepasukan yang menanti di kotak penalti lawan.
Kerana ianya tak masuk akal bagi pemain berkaki kanan untuk terus shoot 40 yards dari sayap kanan. Tetapi Ronaldinho bukan pemain normal.
Ronaldinho melakukan cross-shot. Seaman berada terlalu hadapan dari garisan golnya. Seaman lemas dan Brazil mara ke separuh akhir.
Ketika mengimbas kembali kejadian memalukan itu, Seaman mengaku beliau ditipu oleh Ronaldinho.
“Saya masih ingat sebaik sahaja dia (Ronaldinho) menyepak, saya cuba bergerak ke hadapan kerana saya tahu dia cuba terus membuat percubaan.”
“Saya cuba mengagak bola dia.”
“Tetapi bila bola itu dah dekat, saya sedar saya dah tersalah agak. Saya sedar saya takkan dapat bola itu. Saya hanya berdoa agar bola itu melepasi palang saja masa itu.”
Tetapi doa Seaman tidak dimakbulkan Tuhan.
Baca juga: Camacho Memalukan Sepanyol Dengan Caranya Tersendiri