Masih Harapkan Dana Orang Politik Bukti Kegagalan Pengurusan Kelab?

Liga Malaysia

Pada tahun 2020, telah berlaku revolusi terhadap pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia iaitu peralihan daripada persatuan bola sepak (FA) ke kelab bola sepak (FC).

Namun begitu, beberapa isu kecil seperti pasukan mengalami masalah untuk membayar gaji pegawai dan pemain sepatutnya tidak lagi kedengaran selepas berlaku perubahan ini.

Setelah dua tahun berlalu, apa yang kita harapkan seperti tidak dicapai apabila masih ada pasukan yang menghadapi masalah tunggakan gaji sehingga ia menjejaskan prestasi para pemain.

Di mana silapnya? Adakah pengurusan pasukan gagal mencari dana sendiri? Tiada individu seperti ahli perniagaan yang berminat untuk memimpin pasukan yang ada ketika ini?

Atau mengambil jalan mudah dengan mengharapkan orang politik?

Masih di takuk lama

Seperti yang sedia maklum, bola sepak Malaysia begitu sinonim dengan ‘dana’ dari orang politik malah sampai sekarang, masih ada beberapa pasukan mengharapkan bantuan dari mereka atau kerajaan negeri untuk terus ‘hidup’.

Sarawak United antara pasukan terbaharu yang gagal membayar gaji pegawai serta pemain aksi pemain import mereka ketika menentang Penang sudah cukup untuk menjelaskan segala-galanya.

Isu ini juga telah mendapat perhatian dari pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor yang menegur agar Sarawak segerakan bayaran gaji kepada para pemain.

Melihat apa yang berlaku, Malaysian Football League (MFL) juga telah mengambil tindakan tepat dengan memotong dana hak penyiaran pasukan Sarawak sebanyak RM100,000 dan ia digunakan untuk membantu pemain serta pengawai yang terkesan.

Ia sedikit sebanyak dapat meringkan bebanan yang mereka sedang alami ketika ini.

MFL Bantu Sarawak United, Hulur RM100 Ribu Buat Pemain

Barah lama menyengat kembali

Perkara sama pernah berlaku kepada Perak yang mengalami tunggakan gaji berbulan lamanya sehingga terpaksa meminta bantuan daripada beberapa pihak untuk meringankan masalah kewangan yang mereka hadapi ketika itu.

Masalah pengurusan serta gaji juga antara faktor mengapa Perak buat pertama kalinya terpaksa turun pangkat ke saingan kedua tertinggi dalam Liga Malaysia.

Lebih perit, ianya berlaku ketika sambutan 100 tahun bola sepak Perak.

Kegagalan pengurusan lama, Impact Media & Communication Sdn. Bhd. (IMC) menyelesaikan tunggakan gaji yang di hadapi Perak ketika itu, mereka telah menerima natijah apabila skuad Seladang terpaksa dipotong sembilan mata dalam saingan Liga Premier.

Namun isu telah diselesaikan oleh pemilik baharu Perak, XOX Berhad apabila sebaik sahaja mengambil alih dari pengurusan lama.

Mereka terus bertindak dengan menyelesaikan segala hutang yang dihadapi oleh Perak sebelum ini.

Ada juga beberapa pasukan Liga Super yang terpalit dengan isu pembayaran gaji dan lebih menyedihkan, ia melibatkan pasukan yang ada nama serta mempunyai reputasi yang cukup gah dalam arena bola sepak Malaysia.

 

MFL  perlu bertindak tegas terhadap pasukan yang gagal menepati syarat yang telah ditetapkan terutama dari segi kewangan pasukan tersebut dan bukan hanya memberi amaran sahaja.

Kelembutan MFL ini akan menyebabkan kebajikan pegawai dan pemain berada dalam risiko tunggakan gaji ketika liga sedang berjalan.

Tahun hadapan, setiap pasukan Liga Super akan bermain 34 perlawanan dan ini belum masuk perlawanan melibatkan Piala FA dan Piala Malaysia.

Jika kewangan tidak kukuh, bayangkan apa terjadi pada pasukan yang bertanding.

Di Malaysia, kita ada banyak kilang, syarikat atau badan korporat yang kaya raya, maka buatkan satu platform untuk bekerjasama bagi membantu kewangan pasukan.

Pihak pengurusan haruslah bijak dalam mencari dana dan apa yang paling penting adalah orang yang tepat perlu ada dalam pengurusan untuk memastikan semua itu berjalan lancar.

Jangan hanya bermegah dengan jawatan disandang tetapi tidak membantu langsung dikala pasukan memerlukannya.

Mengambil contoh paling dekat adalah pemilik Kelantan ketika ini, Norizam Tukiman yang bijak dalam menguruskan gaji pemain dan beliau berbelanja untuk The Red Warriors mengikut kemampuan kewangan pasukan.

Bukan sahaja Kelantan, Petaling Jaya City juga antara contoh menguruskan pasukan dengan baik dan mereka tidak pernah lagi terpalit dengan isu tunggakan gaji.

Tetapi awas, dalam mencari penajaan untuk pasukan, jangan terus percaya sebaliknya siasat dahulu agar tidak timbul masalah di kemudian hari.

Persoalannya, sampai bila pasukan di Malaysia akan bebas dari bergantung harap kepada orang politik?

Bila syarikat gergasi di Malaysia atau ahli korporat akan menjadi sebahagian dalam pasukan dalam Liga Malaysia?

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN