Masih Adakah Tempat Untuk Pertahanan ‘Old School’ Dalam Bola Sepak Moden?

Susuk tubuhnya sudah cukup menghadirkan rasa gerun kepada penyerang. Pada ketinggian 183cm, Santokh Singh adalah nama pertama dalam senarai kesebelasan utama Thomas Arokiam; pengurus pasukan Kampung Air Panas, Setapak yang lebih dikenali dengan nama Hotspurs.

“Anda bayangkan Santokh yang tinggi datang ke arah anda dengan kelajuan maksimum beliau. Menakutkan,” imbas Datuk K. Rajagobal. Bermain sebagai penyerang sepanjang hidupnya, Datuk K. Rajagobal masih ingat kenangan beliau bermain menentang Santokh Singh – rakan sekampungnya yang 4 tahun lebih tua daripada beliau – ketika mula-mula bermain untuk Hotspurs.

Santokh Singh (kiri) merupakan pertahanan Malaysia paling digeruni penyerang lawan ketika era 70 dan 80-an dahulu.

“Santokh masa mula-mula dahulu di kampung kami, beliau bermain sebagai pemain tengah. Kemudian Thomas tukar posisi Santokh kepada pertahanan kerana Thomas mahu Santokh jadi macam Roy Harris.”

Ron Harris. Nama yang sama gahnya dengan pertahanan-pertahanan ‘old school’ bola sepak Inggeris seperti Jack Charlton, Norman ‘Bite Yer Legs’ Hunter, Tommy ‘The Anfield Iron’ Smith dan banyak lagi ‘last man’ macho menakutkan yang menjadi penjaga benteng pertahanan terakhir.

Tanyalah mana-mana peminat bola sepak Inggeris era 70-an atau penyokong Chelsea yang tua-tua, mereka pastinya ingat dengan nama Ron Harris. Lebih mesra dipanggil dengan gelaran ‘Chopper’, memori Ron Harris sebagai ‘last man’ Chelsea kekal segar dalam ingatan peminat bola sepak Inggeris era 70-an kerana bentesan keras dari belakang yang dilakukannya kepada George Best ketika aksi pusingan ke-3 League Cup antara Manchester United dan Chelsea pada Oktober 1970.

Padang Old Trafford pada ketika itu becak dan berlumpur. Bentesan Chopper membuatkan Best bergolek. Tetapi berbeza dengan penyerang zaman kini, pemenang Ballon d’Or 1968 itu terus bangun. Best mengukir senyuman kepada Chopper. Bagaikan ‘menabik’ aksi keras Chopper.

LONDON, ENGLAND – AUGUST 18: A young Chelsea fan has his photo taken in front of a picture of Ron Harris prior to the Barclays Premier League match between Chelsea and Hull City at Stamford Bridge on August 18, 2013 in London, England. (Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

Tetapi itu cerita zaman dahulu. Kini aksi bentesan keras seperti Ron ‘Chopper’ Harris dan Santokh Singh itu hanya tinggal kenangan. Seakan-akan cerita dongeng, bagi peminat bola sepak era millenium. Bentesan tak berkompromi, dengusan bengis dan kekerasan fizikal pertahanan-pertahanan ‘old school’ sebegini bisa membuatkan penonton bola sepak moden menutup mata. George Best dan K. Rajagobal membawa ‘seni’ dalam bola sepak era 70-an dan 80-an. Chopper dan Santokh membawa rencah ‘brutal’ dalam seni tersebut.

Di Malaysia, tradisi ‘keras’ ini berterusan dan disambung oleh Abdullah Yeop Nordin, M. Chandran, B. Rajnikandh, Syamsul Saad, Khairul Anuar Baharom dan Khaironnisam Sahabudin. Tetapi entah bila dan mengapa, barisan pertahanan ‘menakutkan’ ini semakin berkurangan.

Ketika ini, boleh dikatakan jumlah pertahanan ‘old school’ dalam bola sepak moden sudah boleh dikira dengan jari. Dalam edisi Piala AFF Suzuki 2018, pertahanan tengah skuad Malaysia dibarisi oleh Aidil Zafuan, Shahrul Saad dan Irfan Zakaria. Dan apa yang pasti, ketiga-tiga pertahanan tengah ini bukan pertahanan ‘old school’.

Ketiga-tiga pertahanan tengah yang membantu Harimau Malaya muncul naib juara Piala AFF Suzuki 2018 ini ….


Nak baca artikel penuh? Nak tahu apa pendapat pemain pertahanan dan jurulatih di Malaysia mengenai ‘pertahanan old school’? Apa kaitan seni pertahanan old school dengan peluang seorang anak Malaysia untuk bermain di Perancis pada 1995? Dapatkan kupasan penuh kami di SB Extra #3!

Setiap pembelian SB Extra #3, anda juga akan mendapat isu SB Extra #2 dan SB Extra #1 yang telah dilancarkan sebelum ini. Pakej bundle ini hanya sah sehingga 31 Januari 2019 sahaja. Dapatkannya SEKARANG!

[purchase_link id=”133248″ style=”button” color=”blue” text=”Dapatkan Sekarang”]

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN