Sepak mula kelayakan Piala Asia 2023 adalah pada Rabu dan adakah masih menjadi keperluan buat pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon untuk membawa Mohamadou Sumareh dan Guilherme de Paula bersama?
Para penyokong semua senada yang kedua-duanya wajar disisihkan. Walaupun sepositif mana kita cuba jadi, mereka tetap tidak menjadi di dalam padang sehingga kini dan perlawanan dengan Hong Kong penentunya.
Di saat kita mengharapkan akan ada prestasi positif yang dipamerkan, lebih banyak aspek negatif yang terzahir. Malah, data daripada penganalisis bebas, Chunghang ini menunjukkan tiada impak ketara daripada mereka.
Sebelum kita letak apa apa harapan untuk kelayakan piala asia minggu depan, lebih baik kita berharap dulu KPG buang De Paula, Liridon & Sumareh.
Baru kita boleh borak kita nak layak ke tidak.
— Twt Bola Pahang (@TwtBolaPahang) June 1, 2022
Malaysia melakar kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong dalam aksi pemanas badan terakhir sebelum saingan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula pada 8 Jun ini – Malaysia bakal berdepan Turkmenistan.
Sumareh dan De Paula dimasukkan bermula pada minit ke-61 menggantikan Akhyar Rashid dan Darren Lok. Kedua-dua pemain yang digantikan mempamerkan aksi terpuji sepanjang sejam beraksi di padang. Begitupun, Darren terutamanya memiliki peluang untuk meledak gol, namun disia-siakan dengan penyudah tumpul.
Mungkin Kim mahukan perubahan dalam 30 minit terakhir dari segi sentuhan penyudah untuk tambahan gol.
KEPUTUSAN MASA PENUH
Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | Rabu, 1 Jun 2022
MALAYSIA 🇲🇾 2-0 🇭🇰 HONG KONG
⚽️ Safawi Rasid 31' (P) Safiq Rahim 90'#FAM #HarimauMalaya
Kredit: @TeamMsia https://t.co/X9cy8rMwUc pic.twitter.com/TBPXEC2zcj
— Kool 101 🇲🇾 (@kool101my) June 1, 2022
Malaysia telah mendahului perlawanan hasil jaringan Safawi Rasid menerusi sepakan penalti di minit ke-31.
Walaupun menguasai permainan dan membuat asakan yang banyak ke kubu lawan, hanya itulah satu-satunya gol Malaysia. Kim menyedari yang Harimau Malaya memerlukan tambahan gol ditambah dengan sorakan padu para penyokong yang dahagakan gol. Beliau hanya ada Syafiq Ahmad dan De Paula di bangku simpanan.
Syafiq telah membuktikan kemampuannya sebagai penyerang dan De Paula masih perlu diuji. Ini pertimbangan Kim sebelum akhirnya memilih De Paula untuk masuk sambil mengharapkan tenaga baharu di sayap dengan memasukkan Sumareh menggantikan Akhyar yang sudah terbukti kelicikkannya mengucar-kacirkan lawan.
#HarimauMalaysia vs Hong Kong xG Plot
Total dominance as Malaysia should have scored more than 2 tonight. 1 Penalty and Free-kick goal to settle the game but need more vs Turkmenistan.
Nota: xG menunjukkan kemungkinan sesuatu pencubaan menjadi gol, ataupun qualiti pencubaan. pic.twitter.com/flOTQ1supF
— chunhang 🇲🇾 (@chunhang7) June 1, 2022
Namun, apa yang diharapkan seolah-olah tidak menjadi. Kemasukkan mereka merencatkan jentera Malaysia.
Data Chunghang menunjukkan tiada perubahan ketara dalam graf Expected Goals (xG) skuad kebangsaan.
Graf tersebut kekal sama sebelum jaringan kedua muncul hasil sepakan percuma pemain tengah, Safiq Rahim di penghujung aksi. Maestro Harimau Malaya di era kegemilangannya itu menyelamatkan Malaysia daripada hanya menang tipis 1-0, walaupun sepatutnya Malaysia sudah memenangi perlawanan dengan defisit tiga gol.
Kemasukkan Sumareh dan De Paula sepatutnya menambah sengat di jentera depan, tetapi mereka bergelut.
Mungkin faktor tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif menyebabkan kedua-duanya tidak menjadi. Perlukah Kim terus bersabar dan memberikan lagi peluang mereka mengumpul minit aksi kompetitif? Ini pentas untuk Malaysia melayakkan diri secara merit ke Piala Asia, bukan tempat mencari minit dan rentak permainan.
Featured Image: FAM