Mascherano Capai Persetujuan Untuk Menyertai Kelab Liga Super China

Javier Mascherano semakin hampir meninggalkan Barcelona apabila difahamkan bakal menyertai Kelab Liga Super China (CSL), Hebei China Fortune, bulan depan dengan yuran perpindahan kira-kira 10 juta euro (RM48 juta).

Masalah kecederaan hamstring yang dialami tonggak berusia 33 tahun itu menyaksikan dia sekadar beraksi 10 perlawanan di bawah kendalian jurulatih baharu, Ernesto Valverde.

“FC Barcelona dan Hebei Fortune sudah mencapai persetujuan dengan Javier Mascherano bakal membuat penampilan pertama dalam saingan Liga Super Cina dengan perpindahan 10 juta euro.

“Bagaimanapun, perpindahan itu tidak akan berlaku sehingga sehingga Samuel Umtiti (ketika ini cedera) kembali di padang atau pertahanan tengah baru berjaya ditandatangani,” kata jurucakap kelab Barca itu.

Umtiti sebelum ini mengalami kecederaan serius ketika perlawanan berdepan Celta Vigo yang menyaksikan pemain antarabangsa Perancis itu terpaksa diketepikan sehingga penghujung Januari ini.

Minggu lepas, Kelab Tianjin Quanjin, menafikan mereka akan membawa masuk pemain tengah veteran Argentina, Javier Mascherano untuk saingan Liga China pada musim hadapan.

Kelab China tersebut menyifatkan Mascherano terlalu tua untuk menyertai mereka.

Mascherano meraih gelaran juara Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2015. (Photo by Pressefoto Ulmerullstein bild via Getty Images)

Seorang jurucakap kelab Tianjin Quanjin dipetik sebagai berkata kepada akhbar Tianjin Today Evening News:

“Khabar angin tersebut tidak benar. Kami tidak pernah berminat untuk mendapatkan Mascherano buat masa sekarang. Tianjin akan berusaha untuk memperbaiki kedudukan dan pencapaian kami pada musim hadapan.

“Pada pendapat kami, Javier Mascherano terlalu tua untuk berada di dalam perancangan kami untuk CSL pada musim hadapan,” kata jurucakap itu.

Mascherano mula menyertai gergasi Catalan pada tahun 2010 selepas berpindah dari Liverpool.

Dia berjaya memenangi 17 trofi termasuk empat gelaran La Liga, empat Copa del Rey, tiga Piala Super Sepanyol, dua Liga Juara-Juara, dua Piala Super Eropah dan dua Piala Kelab Dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN