Masalah Pentadbiran Halang Penerbangan Man City Masuki Ruang Udara China

Manchester City kini berhadapan dengan kemungkinan hanya mempunyai tempoh masa 24 jam untuk persiapan, sebelum perlawanan pra musim pertama menentang West Ham di Nanjing. Kejadian ini boleh berlaku selepas penerbangan yang sepatutnya membawa skuad Citizen ditangguhkan untuk hari kedua.

Ia berikutan pesawat yang membawa pemain City tidak mendapat kebenaran memasuki ruang udara China. Bagaimanapun, City berharap mendapat kebenaran untuk berlepas hari ini.


Sumber kepada ESPN FC berkata masalah pentadbiran yang diuruskan oleh syarikat pengendali perjalanan, Thomas Cook menjadi punca kepada kegagalan skuad bimbingan Pep Guardiola terbang mengikut jadual yang telah dirancang. Pemain, jurulatih dan pegawai Manchester City sepatutnya tiba di Shanghai, China pada Sabtu lalu.

Penerbangan kedua yang dirancang pada Ahad juga terpaksa ditangguhkan disebabkan kegagalan untuk menyelesaikan isu yang sama.

Sumber yang sama juga berkata skuad City hanya dijangka akan terbang ke China pada awal pagi hari ini.

Beberapa acara oleh penganjur melibatkan skuad Manchester City dilaporkan sedikit terjejas kerana tiada pemain yang berjaya menghadirkan diri.

Walaupun mengalami sedikit masalah teknikal, ia dijangka tidak akan menjejaskan penyertaan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dari menyertai pertandingan Premier League Asia Trophy yang bermula pada Rabu.

Kali terakhir City berkunjung ke China ialah pada 2016. Kunjungan tersebut turut menerima nasib kurang baik apabila perlawanan persahabatan menentang Manchester United di Beijing terpaksa dibatalkan akibat takungan air di padang stadium.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN