Pengurus Manchester City, Pep Guardiola percaya John Stones mempunyai kemampuan untuk menjadi salah seorang pemain pertahanan terbaik dunia, tetapi beliau berkata ianya tidak akan tercapai selagi pemain itu tidak mampu bermain untuk tempoh yang panjang.
MATCHDAY ALERT! 🚨
🔵 #ManCity #FACup pic.twitter.com/cquBzVvBSP
— Manchester City (@ManCity) January 4, 2020
Kali terakhir Stones bermain adalah ketika City tewas kepada seterus setempat, Manchester United pada bulan lepas dan setakat ini pemain berusia 25 tahun itu cuma membuat 12 penampilan sahaja pada musim ini.
Stones dilaporkan sudah pulih dari kecederaan otot peha dan berkemungkinan besar akan diturunkan dalam kesebelasan utama untuk perlawanan pusingan ketiga Piala FA berdepa dengan pasukan League 2, Port Vale pada Sabtu.
“Dia sebenarnya mampu untuk melakukannya, tetapi untuk menjadi pertahanan tengah terbaik, kamu perlu ada kemampuan untuk bermain sepanjang musim penuh, setiap tiga hari bersedia untuk diturunkan,” kata Guardiola dalam sidang media.
https://twitter.com/footblab/status/1213230470084878336?s=20
“Saya tak faham kenapa dia tidak mampu untuk bermain lebih kerap. Kami cuba untuk membantunya. Kami telah cuba untuk buat yang terbaik untuk membantunya sejak dari hari pertama dalam tempoh tiga setengah tahun ini. Kami telah lakukan segalanya untuk dia.
“Tetapi ianya tetap bergantung pada dirinya. Pilihan ada di tangan dan fikirannya untuk menjadi antara yang terbaik.”
Sepanjang ketiadaan Stones, City terpaksa menurunkan pemain tengah Brazil, Fernandinho dan pemain muda, Eric Garcia di posisi pertahanan tengah sepanjang musim perayaan ini.
Tough game today but really happy for the win against a really strong side. Time to recover and focus on the next game against Everton. Thanks for the support once again💪🔵 pic.twitter.com/iqVfHqatBO
— Eric Garcia Martret (@ericgm3) December 29, 2019
Garcia yang merupakan graduan akademi Barcelona telah mengkagumkan GUardiolla dengan kematangannya dalam memahami taktikal pasukan dan telah membantu skuad The Citizen meraih kemenangan ke atas Sheffield United dan Everton.