Masalah Kecederaan Jadi Punca Longlai Aksi Perak

Perak

Pasukan Liga Super yang kini sedang terseksa dengan prestasi semasa, Perak kini perlu tampil ke depan untuk menjelaskan keadaan mereka kepada penyokong.

Selepas tumbang 0-5 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sendiri semalam, persoalan banyak ditujukan kepada jurulatih iaitu Datuk Lim Teong Kim atas prestasi buruk mereka.

Akan tetapi, semuanya tidaklah berpunca kepada Teong Kim sahaja. Sebaliknya ia juga melibatkan masalah kecederaan yang dihadapi oleh Perak ketika ini.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Perak hari ini, mereka mengatakan yang isu masalah kecederaan telah membuatkan kenapa pasukan itu sukar untuk bersaing pada musim ini.

“Malangnya, pasukan kami telah ditimpa dengan banyak kecederaan yang menyebabkan jurulatih tidak dapat menyenaraikan kesebelasan terbaik,” kata Perak dalam kenyataan mereka.

Lebih memeritkan pasukan itu adalah, terdapat tambahan satu lagi pemain yang menyertai senarai kecederaan iaitu penyerang dari Korea Selatan iaitu Seo Seo-nung.

Seo terpaksa dibawa keluar ketika aksi menentang JDT semalam dan ini menambah sakit kepala kepada Teong Kim.

“‘Skuad depth’ telah jelas dilihat banyak kekurangan dan kami akan menilai semula keupayaan skuad kita semasa jendela perpindahan pertengahan musim,” kata Perak lagi.

Walaupun begitu, mereka telah memohon maaf kepada penyokong selepas dimalukan JDT di laman sendiri semalam.

Setakat ini, Perak hanya berjaya merakamkan satu kemenangan sahaja dalam saingan liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN