‘Masalah Gaji Lagi’ – PFAM Dedah Pemain Melaka United Sudah 3 Bulan ‘Makan Asap’

Melaka United PFAM Gaji

‘Penyakit’ gaji tertunggak Melaka United nampaknya berulang kembali selepas ia didedahkan oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menerusi satu kenyataan di dalam akaun media sosialnya.

Menurut organisasi tersebut, pihaknya telah menerima laporan daripada 17 orang pemain Melaka United melibatkan tunggakan gaji bagi bulan Jun, Julai dan baki bayaran bulan Januari tahun ini yang masih belum dijelaskan oleh pengurusan kelab tersebut.

“Sehingga semalam, jumlah tunggakan gaji telah mencecah 3 bulan kerana pemain turut tidak menerima pembayaran gaji bagi bulan Ogos, ujar kenyataan tersebut.

“Pihak PFAM telah mengambil tindakan untuk menghantar notis kepada Melaka United bagi menjelaskan tunggakan berkenaan dan perkara ini telah dibawa ke peringkat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

PFAM turut mengesahkan isu berkenaan bakal dibawa ke peringkat Majlis Penyelesaian Pertikaian Kebangsaan (NDRC) dalam masa terdekat membuktikan pihaknya begitu memandang serius terhadap permasalahan yang berlaku.

NDRC yang telah diwujudkan pada tahun 2019 berperanan sebagai medium untuk menyelesaikan isu pertikaian membabitkan isu kontrak pemain dengan kelab, namun ia tidak akan bertindih dengan fungsi Jawatankuasa Status FAM.

“Sehingga hari ini, pihak PFAM masih menunggu agar suatu tarikh ditetapkan oleh pihak FAM bagi membincangkan perkara ini di NDRC,” tambah kenyataan itu lagi.

“Pihak PFAM juga menggesa agar penetapan tarikh perbicaraan di NDRC dipercepatkan agar proses pembelaan dapat dijalankan dengan segera.

“PFAM mengambil serius masalah tunggakan gaji yang dihadapi oleh para pemain dan akan membantu untuk membela hak pemain dari semasa ke semasa.

“Pihak kelab dinasihatkan agar sentiasa menghormati obligasi yang telah dipersetujui di dalam kontrak agar dapat menjaga kepentingan kedua dua belah pihak.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN