Terlibat Dengan Pelbagai Masalah Disiplin, Rangers Terus Gantung Joey Barton

Ke mana saja beliau pergi, Joey Barton pasti akan terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Tidak kiralah ketika menjadi pemain di kelab mana pun. Setiap permulaan baik beliau dalam karier di setiap kelab pasti akan menemui jalan dimana beliau akan terlibat dengan kontroversi.

Bergaduh dengan pengurus dan rakan sepasukan

Barton awal-awal lagi telah mencipta kontroversi sebaik tiba di Scotland apabila beliau mengatakan kapten Celtic iaitu Scott Brown bukan berada dalam kelasnya.

Namun, perang psikologi Barton itu dibalas oleh Brown selepas Rangers dan Celtic bertemu dalam aksi liga yang menyaksikan Celtic menang 5-1.

Brown membalas dengan berkata Celtic ibarat menentang pasukan budak sekolah!

screen-shot-2016-09-11-at-10-1

Entah macam mana, sehari selepas tewas kepada Celtic. Barton terlibat pula dengan pergaduhan di padang latihan.

Kali ini beliau bergaduh dengan pengurus Rangers, Mark Warbuton dan rakan sepasukan iaitu Andy Halliday.

Ini membuatkan Rangers mengambil keputusan untuk mengharamkan Barton dari mendekati stadium Ibrox atau padang latihan mereka selama 3 minggu.

Terus dihukum

Namun hukuman tersebut tidak berakhir disitu. Hukuman terhadap Barton dipanjangkan untuk seminggu lagi apabila Scotland FA mendakwa beliau diatas kesalahan melakukan pertaruhan terhadap 44 perlawanan sepanjang menjadi pemain Rangers.

Ini termasuk melakukan pertaruhan untuk perlawanan UEFA Champions League antara Barcelona dan Celtic yang berakhir dengan 7-0.

Disaat beliau terpalit dengan pelbagai kontroversi, Barton ditanya sama ada beliau masih pemain Rangers atau tidak?

Barton dengan mudah menjawab, “Ya saya masih pemain Rangers.”

pe3o6z9ojhensk7h4xmdoxojbzmtt2bjpe3o6z9ojhensk7h4xmdoxojbzmtt2

Menyedari diri dilayan seperti buangan di kelab sendiri. Barton secara rahsia ‘melarikan’ diri dari Scotland untuk ke Timur Tengah.

Barton menyertai sebuah kem latihan di sebuah pusat latihan bertaraf antarabangsa iaitu Aspire Academy di Qatar untuk memantapkan semula kecergasannya.

Beliau menyertai kem latihan tersebut selama 10 hari dengan latihan berintensiti tinggi sebanyak 3 kali sehari menggunakan wangnya sendiri.

Barton berbuat sedemikian untuk mendapatkan semula kepercayaan Warbuton dan mahu kembali dalam skuad Rangers secepat yang boleh.

Hukuman yang menanti Barton jika gagal mendapatkan kepercayaan pasukan adalah beliau terpaksa berlatih seorang diri di kawasan berasingan ataupun bersama pemain akademi Rangers.

Digantung tak bertali

Barton dijangka akan kembali menyertai skuad Rangers untuk sesi latihan pada Isnin ini (17 Oktober 2016). Namun ia tidak seperti yang diharapkan.

Hal ini kerana Rangers telah memanjangkan hukuman gantung ke atas beliau sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.

Keputusan itu dibuat selepas Scotland FA mengambil keputusan untuk menangguhkan sesi pendengaran untuk kes pertaruhan Barton yang dijadualkan pada 27 Oktober kepada 17 November.

Jadi, selama mana Barton akan bertahan di Rangers? Adakah kontrak beliau akan ditamatkan pada jendela perpindahan Januari nanti?

Baca juga: Barton Kutuk Barton Tak Setarafnya, Brown Balas ‘Lawan Rangers Seperti Lawan Budak-Budak’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN